Wow, kreatifnya mereka!

Assalamualaikum .. selamat pagi dan semoga hari-hari yang akan kita lalui akan menjadi lebih baik dari semalam…

Seperti biasa, setiap kali bangun, setkan minda dengan kata-kata positif dan bersemangat, barulah kita akan lebih bersemangat dan ceria ūüėČ

 

Esok cuti Hari Malaysia.. selamat bercuti kepada semua, boleh ambil peluang sempena cuti sehari ni untuk meluangkan masa bersama keluarga, keluar bersiar-siar, atau penuhi segala permintaan anak-anak, maklumlah hari-hari biasa, mesti sibuk dengan jadual kerja kan???

tapi jangan jeles tau !! saya dah start cuti hari Jumaat lagi, maklumlah cuti sekolah kan, tapi sayangnya cuti kali ni, kami takde plan nak ke mana. sebab cuti hari merdeka baru ni , kami dah bercuti di pantai sempena Hari Keluarga anjuran sekolah saya.. so bajetnya untuk bercuti sudah habis. dan lagi pula saya dah plan nak buat persiapan dan mencuci baju-baju ¬† serta kelengkapan sedia ada untuk menyambut kelahiran bayi kami yang ke3 bulan 10 nanti.. doakan dimudahkan segala urusan saya nanti ya… berdebar2 je . minggu ni dah masuk 34 weeks dah.. tapi alhamdulillah, ramai yang cakap saya tak macam orang pregnant.. sebabnya,,, cergas aje.. jalan laju semacam aje.. dan mostly kawan-kawan terkejut bila bagitau dah masuk 8 bulan.. rasanya sebab saya dok consume Set Kehamilan Shaklee kot… maklumlah memang berbeza sangat dengan kehamilan pertama dan kedua dulu, (masa tu buat sombong dengan vitamin Shaklee ni ūüėČ )

opss… sebenarnya nak cerita tentang sesuatu tau… kreatif betul¬†¬†penduduk Taman Orkid, Kuala Krai ¬†membuat hiasan sempena Kemerdekaan baru-baru ni. Kami secara tak sengaja… ehee.. sebenarnya nak ambil adik yang kerja part time kat ofis depan taman tu… so ambil peluang pusing-pusing taman ni.. 1st time ronda-ronda kat sini . Teruja tengok tau !!!…¬†Pastinya mereka¬†¬†bekerjasama membina replika Kapal terbang, bunga raya , gendang dan menggantung bendera.. bagusnya semangat mereka, sesuai dengan tema ” Di Sini Lahir Sebuah Cinta” , Tanpa kerjasama dan kesepakatan, sesuatu projek atau perancangan itu sukar dilaksanakan.. itulah hebatnya orang kita kan? bila dah bersungguh-sungguh pasti menjadi..

hari malaysia

replika MH 370 dan MH 17 , gendang, dan bunga raya

hari malaysia

1 … Malaysia

hari malaysia

Ceria dengan bendera yang bergantungan

 

dan sudah pasti saya beranggapan tanpa kerjasama penduduk taman, sudah tentu projek hiasan dan replika tersebut takkan berjaya.. memang “salute” lah pada mereka.. apa lagi, saya memang tak lepaskan peluang mengambil gambar, tapi ambil gambar dalam kereta aje.

oklah… hari ni saya nak pergi kenduri rumah bapa saudara suami… sebelum tu saya nak ucapkan Selamat Hari Malaysia.. negara kita yang bertuah, yang tercinta.. kekalkan tradisi dalam kemajuan teknologi dan usahlah kita terpengaruh dengan unsur-unsur negatif dari luar yang hanya mahu memudarkan rasa cinta dan semangat cintakan tanah air …

“Hubbul Wathoni” separuh dari iman.. iaitu cintakan negara, pertahankan kedaulatan dan di mana lahirnya sebuah Cinta…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge