Tutorial : 3 Langkah Mudah Buat Facebook Cover Dengan Canva

Assalamualaikum.

 

Hari ni saya nak kongsikan bagaimana membuat facebook cover hanya menggunakan aplikasi online yang tidak perlu di install ke dalam desktop anda.

Ianya mudah digunakan terutama kepada newbie dan macam saya yang tak pro menggunakan photoshop yang penting ia adalah PERCUMA.

Walaupun percuma ia membantu menjadikan design kita nampak menarik dan profesional ya.

Tutorial 1 saya kongsikan bagaimana Canva membantu menjadikan Facebook anda nampak lebih menarik .

#Langkah 1 : Sign UP Canva

Anda boleh buka website canva.com

3 pilihan untuk anda mendaftar sama ada melalui link akaun Facebook, Google , ataupun melalui email.

Bila dah log in, akan muncul seperti gambar di atas.

 

#Langkah 2 : Pilih Template

Canva telah menyediakan pelbagai template untuk digunakan. Jika anda mahu buat banner, bisnes kad, flyer, poster. Template sudah disediakan.

Malah kebanyakan poster saya untuk IG saya buatkan di Canva.

Baiklah, untuk dapatkan template yang lain, boleh klik di perkataan more…

 

Saya akan tunjukkan bagaimana saya mereka Facebook Cover saya yang terbaru.  Skroll dan cari lah template untuk Facebook Cover, anda klik template yang anda inginkan.

 

#Langkah 3 : Mula Berkarya

Kemudian, anda akan di bawa ke new tab seperti di bawah.

Anda boleh mula berkarya dan lakukan design yang anda inginkan.

Paparan di dalam kotak merah adalah tool yang boleh digunakan.

Canva memberikan pilihan gambar yang sangat berkualiti dan anda boleh memilih sama ada mahu dapatkan gambar secara percuma atau berbayar. Biasanya caj untuk 1 gambar 1usd.

Tapi, jika anda mempunyai gambar sendiri, anda boleh upload dan gunakan gambar anda tersebut.

Anda juga boleh memilih pelbagai jenis font, size dan design text yang anda inginkan.

Taraaa…. siap juga akhirnya…

Tekan Save dan pilih sama ada mahukan dalam bentuk JPEG atau PNG .

Hanya mengambil masa beberapa minit jika tiada gangguan daripada anak atau suami bagi SOHO mum.

Ini Facebook Cover saya dan juga saya jadikan sebagai header blog. 2017 kan lebih kepada tema watercolor.

Oh, saya akhirnya terjebak juga. Agaknya kalau upah buat ni berapa ya?

 

Selamat mencuba.

 

Sharing with Love.

Kak Sarah

013-9561249

Expert Vitamin Penyusuan &  Kecantikan Anda

Vivix~Sihat Dalaman Cantik Luaran.Lupakan Yang Lain~

Comments

  1. Fatin says:

    Wahh this is nice! Thanks for sharing 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge