Tips Penyusuan ; Cara mengatasi Masalah Bengkak Susu

Tips Penyusuan Kali ni, saya nak kongsikan dengan ibu-ibu bagaimana mengatasi masalah bengkak susu, dan kebanyakkan alat yang digunakan ada di dapur rumah kita.

Bengkak susu di kalangan ibu menyusu bukanlah sesuatu yang asing. Malah bengkak susu merupakan indicator positif bahawa susu ibu sedangkan hasilkan susu untuk bayi anda.

Masalah bengkak susu terjadi disebabkan oleh hormone lacta(hormon susu) banyakkan dihasilkan pada waktu tengah malam hingga ke subuh.

Kebiasaannya, apabila masalah bengkak susu terjadi , cara mengepam tidak boleh menjadi penyelesai masalah kecuali melalui hisapan daripada bayi anda. Ini kerana seolah-olah saluran susu itu tersumbat hingga menyebabkan susu yang dipam tidak dapat keluar.

tips penyusuan

Antara petua yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah bengkak susu :

  1. Menyusukan bayi dengan kerap selang beberapa jam iaitu setiap 2 jam atau 3 jam walaupun terpaksa mengejutkan bayi yang sedang tidur. Dan pastikan anda menyusukan bayi daripada kedua-dua belah payudara pada setiap sesi penyusuan dan ibu perlu pastikan sebelah yang pertama dihisap sepenuhnya sebelum memberikan sebelah lagi.
  2. Menekap payudara dengan tuala panas ataupun ibu boleh mandi dengan air suam sebelum memerah. Air suam mandian itu sendiri mungkin boleh menyebabkan susu keluar dengan sendiri dan boleh melembutkan aerola.
  3. Daun kubis yang ada di dapur, juga dapat membantu melegakan kesakitan. Caranya ambil daun kubis segar dan tekupkan di payudara. Tapi ingat, cara ini tidak boleh dilakukan secara kerap kerana ia boleh menyebabkan susu menjadi kering, dan awas! Jangan pula kubis yang digunakan tersebut di ambil utk memasak sayur 😉
  4. Ibu juga boleh menggunakan cuka yang ada di dapur untuk melegakan bengkak susu, ambil cuka makan dan campurkan dengan air, kemudian ambil kapas dan celupkan terus sapu sekeliling payudara. Tapi pastikan tidak terkena bahagian puting. Lakukan ia secara kerap sehingga tiada lagi masalah bengkak.
  5. Daun sireh juga antara cara yang boleh digunakan, ambil beberapa daun sireh dan sapukan minyak zaitun dipermukaan hadapan. Dan layurkan daun sireh tersebut di atas tudung periuk. Agak-agak daun sireh dah suam tekap pada payudara. Insya Allah ia membantu melancarkan pengeluaran susu dan mengurangkan rasa sakit.
  6. Urut Payudara ketika bayi sedang menyusu, urut secara perlahan kerana ia membantu pengaliran susu lebih lancar.

Selain daripada petua di atas, Vitamin E juga boleh diambil oleh ibu untuk mengelak masalah bengkak susu kerana vitamin E mengecutkan pertumbuhan abnormal sel dan melancarkan saraf dan menghalang bengkak susu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge