Tips Anak Seronok dan Mudah Hafaz Doa Qunut

Assalamualaikum.

Sepanjang cuti sekolah ni, saya telah merancang aktiviti-aktiviti yang perlu anak-anak ikuti. Antaranya ialah menghafaz Doa Qunut untuk kakak Insyirah.

Memandangkan Doa Qunut kakak belum dapat kuasai lagi, saya mengharapkan cuti ini dia dapat ingat secara keseluruhan doa Qunut.

Saya kongsikan beberapa tips yang mudah untuk diamalkan. Tips ini juga sangat sesuai dipraktikkan untuk hafazan surah.

 

Tips Anak Seronok dan

Mudah Hafaz Doa Qunut

 

 

Tips 1 : Hafaz 1 ayat 1 hari

tips hafaz doa qunut

Minta anak bacakan 1 ayat sehingga lancar dan dalam masa yang sama betulkan makhraj serta tajwidnya.

Tips 2 : Ulang Baca sebanyak 10 kali

tips hafaz doa qunut

Bila dah lancar dan betul bacaan mereka, bolehlah minta anak ulang baca sebanyak 10 kali. Cukup 10 kali minta mereka baca sambil pejamkan mata.

 

Tip 3 : Tambah ayat baru setiap kali hafazan telah lancar dan ingat

tips hafaz doa qunut

Tips ke 4 : Berikan pujian setiap kali mereka dapat mengingat. Pujian penting untuk meningkatkan lagi semangat mereka.

Tips ke 5 : Tasmi’ bacaan di mana sahaja, bila-bila masa seperti di dalam perjalanan dan ¬†ketika mereka sedang bermain.

Tips dan teknik  ini amat sesuai untuk hafazan Al-quran.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge