Tahun 2015 menuju ke penghujung, Tahun Baharu 2016 berkunjung tiba

Assalamualaikum…

 

Tahun 2015 menuju ke penghujung, Tahun Baharu 2016 berkunjung tiba

eh.. eh.. macam best aje tajuknya?

sumber: google

sumber: google

 

sudah 365 hari kita ya? kalaulah tahun 2015 ini tajuk sebuah buku, sudah pasti tebalnya buku kita dengan episod-episod kehidupan yang mewarnai kita, suka duka semuanya tercatat sudah dilalui.

detik-detik penghujung 2015, tinggal beberapa jam saja lagi untuk menghadapi 2016.

jika pada 24 Disember 2015 hingga saat ini, kami di Kuala Krai pasti dalam keadaan siap siaga, risau dan takut jika berulang kembali Banjir Merah 2014.

Ramai di kalangan sahabat handai dan tentunya keluarga mertua , malah kami juga *walaupun ketika banjir kami tiada di Kuala Krai, kerana masih di rumah mak di Machang* meluahkan rasa risau, tambahan pada 27, 28, 29 Disember hujan lebat menutup bumi, air sungai Durian melepasi benteng yang dibuat, dan beberapa kawasan yang rendah sudah mula dinaiki air.

Tapi syukur alhamdulillah, mentari memunculkan sinar pada 30hb Disember, bolehlah bagi ruang kepada sungai mengalirkan airnya ke laut dan sedikit surut, memjadikan kerisauan kami juga turut surut. tapi selagi belum habis musim tengkujuh, trauma itu tetap ada. kan?

Opss.. usah dikenang cerita lama, semoga ia jadi panduan supaya kami semua tak leka. Sentiasa berwaspada dan sentiasa memohon doa padaNya agar dijauhkan dari musibah tersebut.

sumber: google

sumber: google

Bagaimana persiapan menghadapi Tahun Baharu 2016? dah siapkan mental fizikal?dah listkan Impian dan target 2016?

Kalau kat sekolah, kami kena buat plan tindakan strategi, so dalam bisnes Shaklee under The Diamond Legacy juga perlu membuat plan strategi bagaimana mahu kembangkan bisnes kami.

Bagaimana mahu berkongsi manfaat dan kebaikan vitamin semulajadi ini, biarpun banyak spekulasi yang melanda vitamin bermula huruf ‘S’ ni, tapi  saya tetap setia, sebab siapa saja yang pernah mencuba dan mengamalkan vitamin ‘S’ dengan konsultasi yang betul, pastinya akan jatuh cinta dan merasai perubahannya.

Saya senaraikan impian umum saya kat sini, doakan saya mampu mencapainya ya

  1. Merealisasikan Vision Board Tahun Baharu 2016
  2. Memenuhi impian 2016. nanti saya akan kongsikan apa yang telah saya capai dalam impian 2015.
  3. menjadi guru@ustazah yang berkaliber dan sentiasa memberikan yang terbaik untuk anak-anak muridku..
  4. menjadi mama yang lebih prihatin dan sentiasa berlemah lembut dengan anak-anak. Taknak jadi Tigerwoman.. bekeng ngan anak-anak ;P
  5. Misi mahu membantu lebih ramai orang sihat dan cergas dengan vitamin Shaklee .
  6. Misi mahu menjadikan bisnes Mamahusnashoppe kembali aktif sebagaimana awal2 bisnes 2008 dulu.
  7. misi mahu kenalkan Aromaterapi Sutra ke semua tempat. Bisnes 2010 yang disambung semula, ni bisnes kedua sebelum bertemu dan terjatuh cinta dengan Shaklee
  8. Mahu kembangkan bisnes dan mempunyai agen2 tersendiri.
  9. Guide dan coach anak Shaklee yang serius mahu jana income dengan Shaklee _ Kalau nak jadi team The Diamond Legacy , hubungi saya ya —- 013.9561249
  10. Mahu lebih rapat dan istiqamah dengan amalan -amalan rohani dan master checklist yang ada.
  11. Nak blogwalking secara istiqamah setiap hari dan menambah kawan-kawan maya. macam dolu2 aktif juga blogwalk.. huhuhu..

oklah… cukup 11, doakan ya kawan-kawan. hajatnya nak buat satu page utk listkan blog kawan-kawan, sape yang join, droplah link kat bawah . nanti kita jejalan.. kena start blog walking sekarang jangan bertangguh!!!.

Selamat Tahun baharu 2016.. selamat memasang azam baru, selamat meng”forward” azam dan misi yang belum selesai di 2015, selamat semuanya.. selamat menjadi hambaNYa yang lebih baik.

 

tazkirah buat diri:

“Kita as muslim, hari-hari kita kena tanam azam baru, setiap kali sebelum tidur, muhasabah diri, apa yang telah kita lakukan dan apa yang perlu diperbaiki untuk hari esoknya” tak perlu tunggu tahun baharu. Setiap hari, hari baharu dengan tekad dan cita-cita nak tambahkan pahala dan nak sentiasa upgrade connection dengan Allah kan? ” Hari ini lebih baik dari semalam, hari esok lebih baik dari hari ini. 2016-new-year-ss-1920

Oh.. hujan dah turun dengan lebatnya.. jom submit doa, and happy closing utk semua SID shaklee, closing terakhir 2015. Good Luck untuk Diamond Team…

Doa Hujan Turun

Coretan jam 1002 pm

31 Disember 2016

Sarah@ Leader the Diamond Legacy

013.9561249

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge