Restoran Jom Singgah Di Kuala Krai Menyediakan Pelbagai Pilihan Makanan Western

Restoran Jom Singgah merupakan restoran terbaru yang telah dibuka di Kuala Krai pada April baru baru ni.

Kami sekeluarga telah berkesempatan menikmati hidangan di Restoran tersebut. Rupanya ia dimiliki oleh anak tempatan juga kenalan suami.

Suasana petang itu sangat menyenangkan, tapi biasalah anak anak kami yang menceriakan lagi suasana. Faham faham jelah kan bila ada anak kecil.

Dengan menampilkan konsep hitam putih dan berhawa dingin,memberikan keselesaan kepada pengunjung restoran tersebut. Dan memberikan impak yang luas. Jatuh cinta pula dengan konsep warna ni.

Kebiasaannya kalau nak menikmati menu makanan western, mesti ke Kota Bharu, tapi kini tidak lagi, di Kuala Krai pun sudah ada.

Menunya juga cukup menarik dan catchy gitu, baca menu rasa macam nak try semua aje. Yelah, ada menu yang jarang di dengari kan. Mestilah teruja.

So, kali pertama kami menikmati beberapa menu berikut , saya order Kantonese Sang Mee. Sama pula dengan order suami, ayak.. Ingatkan order berbeza, bolehlah cuba sikit sikit kan. Maybe masa dia order tu, saya tengah entertain si Amierah.

Walah… Sedap sangat Kantonese Sang Mee ni. My feveret lah menu cam gini. Tapi Insyirah telah men spoil kan mood mama dia! Bayangkanlah, tengah mama syok menikmati Kantonese Sang Mee , tetiba “mama, kakak nak juga. Kita tukar ya mama!. Huhuhuhuhu, apa kan daya, mama yang baik hati, tak dapat nak tolak permintaan si anak yang meminta penuh harapan.

Dengan berat hati, mama menghulurkan mangkuk tersebut pada anak daranya, dengan penuh perasaan Insyirah makan sambil berkata” sedapnya mama”.

Dalam hati, takpelah next datang sini! Kita order lagi.

Kantonesse Sang Mee

 

 

Menu yang menjadi pilihan Insyirah ialah Spagethi Carbonara Ayam.

Spagethi Carbonara Ayam

 

Well, yang ni pun sedap, lemak berkrim dan rasa cheese mengalir laju ke dalam mulut. Umpama makan cheese kek lah pulak! Aduh. Pastu bila nak kurus?

Kan tadi deal dengan Insyirah, dia ambil makanan mama, so mama kena berlaku adil, mencuba menu pilihan dia.

Chicken Chop ni pula pilihan my sister, Aina yang kebetulan datang rumah untuk siapkan assigment dia. So sebelum hantar balik Machang, kami singgah makan sini.Bagi saya chicken chop ni kena lebihkan sikit lagi sos dia . hari tu sedikit kering sosnya.

 

Dan kami juga order pencuci mulut, aiskrim kelapa jagung. Satu suapan aiskrim bisa menyejukkan hati yang kepanasan. Dengan tambahan jagung dan kekacang yang memberikan rasa yang berlainan. Sungguh mengasyikkan bak berada di Iceland gitu. (koya lah pulak).

Anda yang berada di Kuala Krai dan belum singgah lagi di Jom Singgah cubalah ke sana nak nikmati pelbagai menu hidangan yang disediakan.

Bagi kami harga makanan di situ tidaklah mahal. Sangat selesa untuk menjamu selera bersama ahli keluarga. Tapi rezeki kami pada petang itu, ada orang tolong bayarkan . moga diluaskan rezeki pada empunya diri yang tolong bayarkan. Patutlah rasa lebih sedap ;P

Restoran ini mudah di cari, berada bersebelahan dengan Cimb Bank. Jika anda dalam permusafiran melalui jalan Gua Musang -Kuala Krai – Kota Bharu, boleh singgah.

Landmark dia mudah aje.

Cari Marry Brown atau Secret Recipe, anda akan nampak Restoran ini.

 

Sharing with love,

Kaksarah

Pengedar Vitamin Shaklee Kuala Krai, Machang.

Berminat nak beli dan jadi ahli?

Nak jana income dengan Shaklee?

Whatsapp 013-956 1249

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge