Resepi Pancake Jagung yang mudah dan ringkas

Assalamualaikum, bersiaran hari ini setelah lama menyepi, mencari mood yang hilang sebenarnya ;), takde lah, gurau aje..

perkongsian resepi mama hari ni sangat mudah dan ringkas, orang yang sentiasa sibuk macam mama  *sibuklah sangat!

Sabtu lepas mama buatkan sarapan yang ringkas dan mudah aje untuk anak-anak, iaitu Pancake Jagung.

Jadi mama namakan resepi ni ialah :

Pancake Jagung Yang Mudah dan Ringkas 

bahan-bahannya:

1 kotak instant Pancake Original/Vanilla- yang ni mama beli cap nona

1 biji telur

minyak-ada arahan di kotak 😉

air

jagung manis dalam tin

Sos Chocolate *ni optional, tak nak pun takpe, kalau ada lagi sedap

Caranya :

Adun semua bahan , mama guna whisk sebab tak nak bagi adunan berketul2.

Masak dalam pan, titikkan setitik minyak dan masukkan 2 senduk adunan..

resepi pancake jagung yang mudah dan ringkas

Sedap dimakan dengan lelehan madu atau sos coklat yang lemak berkrim..

Selamat mencuba

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge