Resepi Homemade Chicken Ball untuk bayi

Assalamualaikum dan selamat pagi.

 

Resepi chicken ball untuk bayi
Misi nak update blog setiap hari dah fail untuk bulan Januari. Tapi takpe, think positive mesti ada hikmah tersembunyi.

Hari ni Alhamdulillah… dah kembali ok dah.. dua tiga hari lepas Baby Amierah demam. Lepas demam asyik tantrum je. Ada je yang tak kena. So memang kucar kacir terus pengurusan masa. Nak kena layan anak syurga yang makin lama makin besar dan banyak karenah.

Tapi dalam kalut tu ada jugalah saya buatkan menu baru untuk Amierah. Nak pujuk si omel lah kononya.

Resepi Homemade Chicken Ball untuk bayi

Bahan bah
Sekeping dada ayam
Seulas Bawang putih
Seulas bawang merah
Secubit serbuk lada putih

Sedikit tepung gandum

Telur kuning
Cara membuatnya :

Kisar isi dada ayam bersama bawang putih, bawang merah,serbuk lada sulah

Kemudian gaulkan dengan telur kuning dan tepung gandum.

Gentel dan bulatkan adunan kemudian rebus di dalam air yang dah menggelegak. Boleh angkat bila chicken ball dah terapung.

So chicken ball ni bolehla di olah untuk digoreng,grill atau buat sup untuk baby.

Selamat mencuba.

 

Exif_JPEG_420
Tengah syok makan chicken ball mama 

Nak beli vitamin hots? Contact ya 013~9561249

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge