Ragam Puasa #1 : 29 Ramadan Dia Dah Raya

Aik, apa kes tajuk macam ni?

Assalamualaikum.

Kebetulan tajuk pelajaran Al-Quran hari tersebut, Surah Al-Qadr, jadinya perbincangan menjurus kepada malam Lailatul Qadar.

Sembang sembang dengan murid tahun 6, cerita pasal Lailatul Qadar dan kelebihanya. Masing masing excited nak tahu kelebihan malam lailatul Qadar yang barang siapa memperolehinya bersamaan dengan 1000 bulan.

Subhanallah, Maha Pemurahnya Allah.

Dalam bercerita, selitkan juga nasihat kat diorang supaya merebut dan berlumba-lumba untuk gandakan amalan sepanjang 10 malam terakhir ni.

“ni tak, semua sibuk nak beraya, sepatutnya kita rebut peluang yang Allah beri dengan gandakan tilawah Al-Quran,berzikir, solat terawih,bangun qiam tapi kita lorat duk buat kuih raya, tukar langsir. “

tiba tiba , ada satu suara murid perempuan mencelah,

“hari wat tupat saya tak posa ustazah ”

 

(hari buat ketupat saya tak puasa )

haaa?

“saya pun tak poso ustazah ”

 

(saya pun tak puasa)

sambut satu lagi suara.

terkejut be*** ustazah. Saya  terus tanya

nape tak poso?

nak tahu apa jawapan budak budak tu?

.

.

.

saya terliur nak makan pulut ustazah.

laaaaa, itu je , sebab tergoda nak makan pulut ketupat.

terus ustazahnya bagi tazkirah,

Ruginya awak, cuba awak bayang,

awak masuk pertandingan 4 x 100m , dah memecut laju ke hadapan meninggalkan kawan-kawan awak yang lain, tiba-tiba, selangkah je nak sampai ke garisan penamat, awak berhenti. awak melepaskan lelah sedangkan awak boleh berjaya tanpa sesiapa pun lawan awak. tapi awak mengalah.

sepatutnya awak dapat pingat emas, tapi tak dapat. Rugi ke tak?

kawan kawan lain semua cakap

” RUGIiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii”

Haa, puasa tinggal sehari je lagi, tapi kita dah raya, apa kata kali ni, minta dengan mak awak pulut tu sikit, simpan makan berbuka puasa nanti, tak baik tinggal puasa sebab pulut.

Haa, pengakuan jujur budak budak ni, lawak pun ada, pelik pun ada, yelah kan, sehari je lagi nak raya, diorang dah raya dulu.

So, terus bagi cabaran kat diorang berdua agar puasa kali ni, tak buatlah macam tu. Lepas raya nanti kita tengok macamana.

Selamat Memburu Malam Lailatul Qadar buat semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge