Pengalaman bawa Anak-Anak Menaiki Shuttle Train Intercity Kuala Krai ke Wakaf Bharu

Assalamualaikum.

Alhamdulillah tercapai juga hajat nak bawa anak anak naik keretapi. Dah lama rancang, dari Insyirah kecil lagi, rupanya Allah nak bagi 3 beradik ni merasa pengalaman naik keretapi bersama.

Kami sekeluarga bersama adik saya cikngah dan anak anaknya Adam dan Amani, ayahsu serta ucu Na.

Plan asal dari Kuala Krai ke Tanah Merah aje, tapi bils cikngah bagitau kejap aje tempoh masanya, so decide terus ke Wakaf Bharu. Baba tunggu kami di sana.

Total tiket keratapi RM 19.00 sahaja dari Kual Krai ke wakaf Bharu

Bagi kanak kanak bawah 4 tahun tak perlu bayaran tiket

Kanak Kanak 5 tahun – 11 tahun RM 2

Dewasa dikira dari 12 tahun ke atas Rm 3

Jadual Tambang untuk rujukan.

 

Pada awalnya Naufal dan Insyirah kurang excited sebab diorang teringat cerita Train To Busan.. lawak aje budak budak ni.

Pemandangan Sungai Kelantan dari atas Jambatan . Dapat juga view ni, kalau tak, nampak palang jambatan je..

Terbayang.. andainya sungai ini warna biru, alangkah indahnya.

Gelagat anak anak

 

Alhamdulillah sepanjang perjalanan anak anak sangat behave. Awal awal nak naik train je, Amierah menunjukkan rasa cuak sebab baba takde bersama, nangis kejap mata dan tangan tunjuk ke arah pintu masuk . Risau tinggalkan baba. So buat feel lah kejap dalam train, panggil baba dalam esak tangisnya. Sampaikan konduktor tiket cakap ” jarang anak panggil ayah, ni mesti ayah dia rajin jaga anak ” amboiii.. conpliment pula utk baba. Kembang hidung ler tu.

Lagi satu,kebetulan pagi tu tak ramai penumpang, so satu coach/ gerabak tu kami yang punya.

 

Perjalanan mengambil Masa 1 jam 15 minit.

Perhentian shuttle train
Kuala Krai – Sg Nal -Temangan-Tanah Meragh-Bukit Panau- Tok Uban-Sg Keladi – Pasir Mas- Bunut Susu dan yeay,… sampai Wakaf Bharu. Sampai di Wakaf Bharu, baba dah sedia menunggu. 15minit dia sampai dari kami.

 

Paling melucukan, bila di Pasir Mas, ada pertukaran landasan kejao sebab bertembung dengan keretapi ke arah Gua Musang. Semua yang ada dalam gerabak kami risai dan cuak. Takde pengalaman kan.

Stesen Wakaf Bharu, besar dan luas.

Alhamdulillah, misi berjaya dan semua pakat puashati.

Bila bawa kanak kanak kecil kena pastikan beberapa perkara berikut :

  1. Keperluan anak kecil lengkap dan cukup seperti botol air, bekalan susu, makanan.
  2. Pastikan bawa permainan untuk mereka. Supaya mereka tidak bosan sepanjang perjalanan.
  3. Baju sejuk juga diperlukan, kerana di dalam keretapi ada kalanya sangat sejuk.
  4. Pastikan pakaikan stoking untuk anakyang kecil.

Mungkin kami akan menaiki keretapi sekali lagi, kali ni trip keluarga aje bersama baba.

Perjalanan di teruskan ke Pulau Nami aka Pantai Senok Bachok.

Nak tengok pic kami posing ala ala di Pulau Nami, tunggu next entry ya

 

Sharing with love,

Kak Sarah

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge