Momentum 2017

2016 – perginya takkan kembali lagi.
Walaupun masih banyak target yang tidak tercapai, usah kecewa. Bangun dan bangkitlah wahai diri.

2017
Langkah semakin laju, momentum Semakin dirasai.
Alhamdulillah, permulaan yang baik bagi 2017, walaupun suasana dan cuaca di sini masih tidak menentu.
Masih bersiap siaga dengan kemungkinan banjir, tetapi semangat tetap membara.

Tinggalkan 2016 dengan kisah suka duka, gembira dan sedih, jadikan sebagai panduan untuk mengorak langkah lebih hebat bermula hari ini.

1.1.2017
Tetapkan azam dan matlamat yang lebih jelas, apa yang kita mahu capai di akhirnya.
Tulis dan tatap dan baca setiap hari.
Usah gusar. Usah bimbang.
Usaha ke arah yang lebih baik lagi.
Selagi ada daya dan peluang,
Kita mampu menghadapinya.

Jangan lemah dengan ujian
Ujian bukan untuk melemahkan
Tetapi ujian untuk menguatkan kita.
Bergantung 100% kepada ALLAH.

K.Sarah pasti kuat, kawan kawan kaksarah juga kuat.
Jom kita bangkitkan.
Buat yang terbaik.
Setkan gol.
Insya Allah pasti boleh.

Nak kongsilah sebahagian daripada target 2017, doakan semoga semua dapat dilaksanakan dengan jayanya.

  1. 1000 downline yang gigih dan serius bina bisnes Shaklee dan menyebarkan manfaat kesihatan kepada masyarakat
  2. coaching online dan offline utk team Momentum Family

Ksarah doakan anak cucu #momentumfamily akan terus berjaya mencapai cita cita kalian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge