Mama Tanya Apa Khabar & kaitan Lirik Lagu Apa Khabar

Assalamualaikum

Dari semalam mama cuba buat entry ni, alhamdulillah pagi ni dapat.. di kala orang lain sibuk mencari tentang calipsh bucker dan mojo, mama sibuk mencari lirik lagu apa khabar.. walaupun sebenarnya mama bukan peminat AJL .. Tapi malam AJL 29 tu tertengok ya.. bukan nak tengok … malam tu mama sibuk download beberapa ebook yang mama beli dari FireSale 14

So.. tertarik dengan lagu apa khabar,

Bagi mama, pemahaman mama lah kan..  lagu ni mengisahkan tentang seorang sahabat yang  nak sangat tahu khabar sahabat lamanya.. dan lirik lagu ni juga mengisahkan tentang perjalanan kerjaya mereka.

Frankly said, mama tak pernah ambil tahu pun lagu Joe Flizzow ni.. tapi Lagu Apa Khabar ni menarik minat mama untuk google kan nya…

Kita semua ada sahabat kan? Sahabat di zaman sekolah rendah, sekolah menengah, di universiti dan boleh jadi, saat ini kita masih lagi berhubung dengan mereka atau ada yang langsung tiada khabar berita.

Walaupun dah ada facebook, wasap, telegram tetapi ada juga sahabat2 kita yang menyepikan diri, langsung tiada khabar mereka.

Bagaimana kehidupan mereka, dah kahwin ke? Kahwin dengan siapa Or dah berapa orang anak? Kerja kat mana? Kalau boleh semua nak tahu.

Bila di tanya dengan sahabat lain, semua bagi jawapan yang sama, tak dapat contact atau kalau dapat contact pun, tak berbalas.. mengapa begitu sahabat? Kenapa menjauhkan diri daripada kami?

Bukankah ukhuwwah Lillah itu, lestari selamanya? Kenapa mahu diputuskan tali ukhuwwah itu?

Hish… feeling lah pula mama pagi ni. Ok enough! Full stop ! Jom bertenang….

Oh ya … lirik yang paling diingati tentunya

“Aku tanya apa khabar ” 

Mama tukar pada ” mama tanya apa khabar”

Sebab apa tukar? Sebabnya mama selalu dendangkan pada baby Amierah.. tiap kali mama nyanyi “mama tanya apa khabar” baby Amierah mesti ketawa dengan comelnya…

Mama kongsikan lirik lagu ni, sumbernya dari ohlirik.com

Lirik Lagu Apa Khabar – Joe Flizzow ft SonaOne

Merenung ke luar jendela
Bayu pagi meniup lembut
Lihat bintang di angkasa
Purnama menerangi gelapku
Dan bila fajar menjelma
Itu permulaan hari baru
Dunia gamat bunyinya
Sunyiku hanya Tuhan tahu

Dalam perjalanan banyak persimpangan
Di mana kita bertukar arah
Kau lurus ke kiri aku tegak ke kanan
Di mana kita tersilap langkah

Kadang-kala waktu berhenti
Ku toleh ke sisi
Engkau tiada di sampingku
Tapi lebih seringkali
Bertemu dalam mimpi
Semuka dengan sahabatku
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar semua

Mereka kata masa depan kami sungguh cerah
Lirik dan rap kami bak anugerah
Ini semua sebelum semua anugerah
Masa bila lapar semua makan mee segera
Show pertama luar KL di Pulau Pinang
Lapan orang naik dua Kancil tapi semua senang
Dua bilik empat katil jadi empat di lantai
Kalau tidak silap ada yang sampai di tepi pantai
Dan kali pertama kita diserbu peminat
Di Kuching, Sarawak seperti semalam aku ingat
Setiap langkah bersama seakan tidak percaya
Kita berjaya jadikan rap sebagai kerjaya
Permulaan pengembaraan yang berliku
Dan ini mungkin sinopsis hidupku dalam lagu
Kau kembarku hari ini dan semalam
Jadi hari esok itu sendiri boleh faham

Kadang-kala waktu berhenti
Ku toleh ke sisi
Engkau tiada di sampingku
Tapi lebih seringkali
Bertemu dalam mimpi
Semuka dengan sahabatku
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar semua

 

Pada mulanya kita menjajah
Lagu-lagu bahasa penjajah
Dan kita berdua budak belasan
Kau pandai buat percaturan
Industri penuh dengan peraturan
Semua kita bahas dan pidatokan
Sebab ini dua budak bijak
Kita kata ya mereka tidak
Kalau gagal merancang itu merancang untuk gagal
Ku masih ingat pesanmu
Ingat Zal kita Z paling handal Zal
Suntikan semangat untukku
Setiap persembahan phenomenal
Beribu lagi fans luar stadium
Lepas pusing satu Malaysia, Singapore, Brunei, Indonesia
Angan-angan jadi impian impian jadi cita-cita
Kata-kata jadi lagu puisi jalanan tercipta
Siapa kata jangan bermimpi doaku pada Yang Esa
Mungkin permulaan baru di ketika berbeza

 TIPS HILANGKAN JERAGAT -KLIK SINI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge