Langkawi Antara Destinasi Percutian Pilihan Kami Sekeluarga

Bismillahirrahmanirrahim

Setiap orang mempunyai impian kan? Impian untuk pergi melancong ke tempat tempat yang menarik dan masyhur.

K.sarah juga teringin nak pergi bercuti ke tempat menarik.

Dalam vision board k.sarah, dah plan nak pergi bercuti ke Pulau Langkawi. Ya bagi orang lain biasa aje Langkawi. Dengan adanya anak-anak kecil ni, kita pusing-pusing Malaysia dulu, tapi kalau ada rezeki untuk pergi ke oversea, why not kan?

kenapa Langkawi? 

 k.sarah tak puashati sebab 2008 k.sarah pergi sendirian kerana mengikuti kursus ke sana. Meninggalkan Insyirah dan baba. Tak seronok tanpa family di sisi. Jadi k.sarah bertekad nak datang lagi. Cuma masa dan keadaan masih belum mengizinkan.
Kalau boleh nak bawa mak ayah juga datang sini.
percutian impian

Nak bawa anak-anak cuba cable car, Aquaria, island hopping, melawat tempat bersejarah especialy Kisah Mahsuri. Beras Terbakar dan macam-macam lagi aktiviti menarik. 


So, k.sarah dah survey, kalau ambil pakej percutian 3 hari 2 malam dan juga mengikuti aktiviti2 yang disediakan , anggaran kasar kos RM 3000.00 belum masuk nak shopping 🙂

 

Targetnya, percutian ni tak nak usik duit gaji, 100% nak guna duit bonus Shaklee.
Bermula bulan ini, kena start menabung dari duit bonus Shaklee untuk Percutian kami

Targetnya cuti sekolah Mac 2017, kami sekeluarga mesti jejakkan kaki ke sini.

#tsunamishaklee
#percutianimpian
#tsunamishakleeg8
#101impian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge