Kenapa To Do List Penting Kepada Setiap Orang?

to do list

Assalamualaikum….

Setiap hari kita sentiasa bergerak dan melakukan aktiviti kan? dari seawal bangun tidur sehinggalah tidur, ada je aktiviti yang kita lakukan.

Tapi, perasan tak? adakah aktiviti harian yang dilakukan itu, kita bezakan yang mana lebih penting dan utama, yang mana boleh ditangguhkan dulu?

kadang-kadang, aktiviti yang kita lakukan itu tak penting dan tak segera pun, tetapi diluar kesedaran, kita dahulukan kerja tersebut dan menyebabkan perkara-perkara penting yang sepatutnya di dahulukan tak sempurna.

Sebab itulah pentingnya TO DO LIST, walau siapa pun kita, pelajar, guru, engineer, wartawan, malah jika kita surirumah sekalipun perlu ada to do list ini supaya pekerjaan yang dibuat pada hari tersebut berjalan lancar.

 

4 Kebaikan adanya  To Do List

 

  1. Sebagai petunjuk kepada keutamaan kerja yang perlu disegerakan dan diutamakan. Sebaiknya To Do List disusun lebih awal dari hari tersebut.
  2. Menjadikan Kita lebih fokus dalam menyelesaikan kerja pada hari tersebut kerana kita sudah tahu keutamaan pekerjaan yang perlu disegerakan.
  3. Pengurusan Masa kita akan lebih tersusun sebab kita sudah ketahui keutamaan  yang perlu dilakukan. Kalau sebelum ini, pening kepala sebab tidak tahu nak mula dari mana, tetapi dengan adanya to do list.. semua ini boleh menjimatkan masa dan membantu menyelesaikan pekerjaan kita.
  4. Nah! bila kerja sudah tersusun, maka kita pasti mempunyai masa luang untuk beristirehat atau melayan anak-anak tanpa kita stress memikirkan kerja-kerja yang berlambak itu.

 

Antara template To Do List :(boleh google atau buat sendiri (^_^)

To Do List

Clean-Mama-50-percent

**boleh juga install dalam smartphone kita..  cari di playstore dan install. mudahkan???

 

4 Tips Bagaimana Nak Susun To Do List

 

ya… bila  mula menyenaraikan To Do List, kita kena tahu beberapa perkara asas yang perlu supaya To Do List bukan menjadi satu bebanan tetapi satu keseronokan dalam kita menyelesaikan semua yang telah kita senaraikan.

1. Kenalpasti dan senaraikan perkara-perkara rutin yang sentiasa kita lakukan setiap hari.

2. Kenalpasti perkara rutin yang penting, seperti ke tempat kerja, solat, masak, makan, mandi,mandikan anak, buat teh untuk suami, dan lain-lain.

3. Kenalpasti perkara rutin yang tak penting dan yang boleh diubah masanya seperti, menonton tv, facebook, whatsapp, dan seumpamanya.

4. Potong perkara rutin yang tidak penting dalam kegiatan harian kita dan  Tetapkan tempoh masa untuk perkara penting yang telah disenaraikan sebagai contoh, masa memasak , mandi, riadah.

to do list

ops.. senarai semak untuk muslim…

6. dan bonus kepada mereka yang berbisnes, bolehlah masukkan perkara-perkara penting aktiviti  bisnes kita ke dalam aktiviti harian. Tetapkan masa dan waktu bila kita nak reply email customer, nak update website, nak update blog dan sebagainya…

to do list

Master Checklist adalah kelebihan yang ada dalam Group Jutawan Shaklee kami.. paling superb! nak tahu lebih? jom jadi ahli dan segalanya akan dikongsikan dalam online group coaching..

 

 

Bina Legacy Bisnes Anda dengan Modal Serendah RM65.00 

with love,

mamahusna@sarah (ID869605)

whatsapp/tg : 0139561249

email : mamahusnashoppe@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge