Kenapa Perlu Berjimat Cermat dan Menabung?

Assalamualaikum

Selamat pagi semua.

Tinggal beberapa hari lagi kita nak ke tahun 2017, bagaimana perancangan kewangan semua?

Sudah bersedia menghadapi kedatangan 2017 dengan sebaik baiknya? Atau masih lagi kabur apa yang perlu dibuat?

Berdasarkan situasi ekonomi kita hingga ke saat ini, semua pihak telah menganjurkan supaya kita lebih berjimat cermat dan menggunakan kewangan dengan sebaiknya.

Tetapi kenapa perlu berjimat cermat? Kita perlu berjimat dan menabung supaya mempunyai wang yang cukup apabila diperlukan nanti. Khususnya sebagai simpanan kegunaan bila kita pencen nanti, kegunaan apabila berlaku kecemasan seperti sakit yang memerlukan perbelanjaan yang tinggi.

Selain itu, bila berjimat cermat, wang yang ada kita boleh simpan untuk kegunaan pendidikan anak anak. Seboleh mungkin kita elak anak anak dari pinjaman pendidikan. Ubah cara hidup ke arah yang lebih baik.

Persoalannya, bagaimana saya mahu mulakan langkah berjimat cermat dan menabung sekiranya pendapatan saya sekadar cukup makan aje?

Ya, memang inilah yang selalu dipertikai oleh orang kita. Tak sempat nak menabung.

Oleh itu, perancangan kewangan itu penting.

Buat senarai bajet setiap bulan dan pastikan anda utamakan sedikit amaun untuk simpanan.  Sebagai contoh, jika bergaji kecil, Anda boleh bermula dengan RM 50 sebulan . Cuba kira sekiranya RM 50 x 12bulan = RM 600.00. Banyakkan? Daripada takde langsung simpanan.

Selain itu anda perlu fikirkan cara bagaimana boleh tambah pendapatan anda.

Mungkin anda boleh mula berniaga dengan kemahiran yang anda ada. Jika tiada, carilah seseorang yang boleh bimbing dan bantu anda.

Minat nak berniaga tapi modal pula tiada. Tidak perlu risau sebab pelbagai tawaran perniagaan dengan modal yang rendah boleh anda cari.

Sebagai contoh, anda boleh melibatkan diri dalam perniagaan berasaskan produk kesihatan.

Secara tak langsung, anda sudah membantu kawan kawan anda untuk maintan kesihatan dan anda juga mendapat pendapatan tambahan.

Jika anda berminat untuk bisnes online dan memerlukan mentor untuk bantu anda, hubungi saya segera 013-956 1249. Insya Allah dengan berusaha bersungguh-sungguh, pasti anda akan berjaya.

 

Sharing with love,

KakSarah

013-956 1249

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge