Kenali 8 Tanda Bayi Penat

Assalamualaikum & Salam Ukhuwwah ūüôā

 

Sukar nak pastikan bila bayi kita penatkan? tahu-tahu aje, bayi dah menangis sambil menjerit-jerit. Kalau bayi kita jenis yang sukar dipujuk, akan memberikan tekanan pada ibu, tapi kena pandai handle emosi, syukurlah bagi ibu yang bayi yang easy going yang lebih mudah dipujuk dan tertidur.

 

tanda bayi penat

Kenali 8 Tanda  Bayi Penat, bila dah tahu, senang untuk ibu membantu bayi beristirehat dan mengelakkan bayi kita dari terus menerus meragam.

8 Tanda Bayi Penat

 

1.  Petanda awal bayi penat, bayi akan  merengek perlahan tetapi berterusan.

2. Mata bayi sayu dan pandangannya tampak kosong. Jika diacah pun , bayi tak nak respon dah sebab mereka dah penat. Nak bagitau kat orang sekeliling tak pandai lagi kan.

3.Tanda ke3, bayi menceberkan bibir atau menyeringai.

4. Bayi memalingkan wajahnya walaupun di agah.

5. Mengepalkan tangan dan menarik-narik sekitar pipinya

6. Tangan dan kaki bergerak cepat dan menyentak-nyentak

7. Menguap

8. Gelisah

 

Antara Sebab Bayi Penat ialah :

 

1.     Kurang tidur mungkin disebabkan oleh lampin basah, suasana keliling yang bising, lapar atau mungkin kerana suhu bilik yang terlalu panas atau terlalu sejuk.

2.     Bayi seronok bermain dan mencuba aktiviti-aktiviti yang baharu seperti baharu dapat meniarap, merangkak atau bejalan. Bayi akan sentiasa bersemangat untuk melakukan aktiviti tersebut dan mengabaikan rasa penat dialami.

3.     Waktu tidur bayi terganggu disebabkan oleh aktiviti keluarga seperti berjalan, shopping atau apa sahaja aktiviti yang boleh menganggu bayi.

4.     Rangsangan berlebihan, kebiasaannya berlaku apabila bayi berada di tempat baru dan wajah-wajah baru yang cuba bermesra dan mahu mendukung bayi berganti-ganti.

 

tanda bayi penat

Tindakan yang Perlu dilakukan untuk membantu bayi.

# Setelah kita  mengenalpasti  tanda bayi penat, sebaiknya ibu atau penjaga berhenti bermain dengan bayi, peluk bayi, tenangkan dan berbual lembut dengan bayi supaya dia merasa tenteram.

# Periksa bayi anda sama ada mereka dalam keadaan tidak selesa disebabkan lapar atau lampinnya basah.

# Jika bayi merengek tidak mahu tidur, dodoikan mereka. Dukung mengayun bayi dengan alunan zikir atau lagu dodoikan, sebaiknya zikir lebih utama.

 

Kenapa bayi perlu rehat yang cukup?

Bila bayi dapat cukup rehat, dapat membantu bayi untuk menerima rangsangan  yang diberikan kepadanya.

Selain itu, dapat membantu proses pertumbuhan bayi berlaku secara optimum.

 

photo_2015-05-23_00-52-08

 

Comments

  1. Oh macam tu rupanya ūüôā

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge