Kecil-Kecil Cili Padi, walaupun kecil tapi sangat menyenangkan

water pitcher

Assalamualaikum… siapa yang tak biasa dengar peribahasa ni kan? kecil tetapi hebat. ingat tak cerita Cili Padi . lakonan Melissa Saila tu… sape yang pernah menonton zaman tu, sep sikit.. cerita kanak-kanak yang paling best masa zaman kita-kita kan…

tapi yang ni kecil-kecil cili padi yang lain tau….

itu yang dapat saya gambarkan pada Get Clean Water Pitcher yang telah saya gunakan selama 2 bulan ini.

Saya menggunakan sepenuhnya Water Pitcher ini untuk menapis air minum di rumah kami. Air Paip yang ditapis dengan get clean water pitcher memang jernih, dan paling best rasanya sangat-sangat fresh. adik saya Syida juga bersetuju, malah dia bagitau ” rasa macam minum air mata air… ”

Oh, sebenarnya water pitcher ni termasuk dalam wishlist saya untuk tahun 2015, memang saya sedang menabung untuk dapatkannya, tetapi Allah itu Maha Mendengar dan mengabulkan doa hambanya. Thank you Allah.. Thank You Allah(nyanyi lagu raihan)

Sememang saya tidak percaya saya mendapatkanya seawal bulan Januari 2015 baru ini.

Dan yang paling mengharukan,(membuatkan mata saya tiba2 masuk habuk dan pedih tau) adik beradik ETS saya(siapa mereka? biarlah rahsia)*semoga Allah memberi rezeki yang baik dan baik kepada adik beradik saya yang 9 orang ini(9 org itu termasuk saya) yang menghadiahkannya kepada saya.

Percaya tak? Penapis air Water Pitcher ini adalah smart gajet yang memudahkan dan menjimatkan. Dengan pelaburan yang minima, tanpa menggunakan elektrik dan boleh di bawa ke mana sahaja. So lepas ni jika kami ada trip ke KL atau mana2 aje.. Water Pitcher ini wajib kami bawa bersama.

Saya kongsikan keistimewaan Get Clean Water Pitcher :

  1. Menapis logam berat dan klorin
  2. Menapis sehingga 303 liter air atau 80 kali tapisan
  3. senang di bawa dan digunakan
  4. tidak memerlukan Elektrik
  5. mudah diletak dan sesuai di atas meja makan
  6. tidak perlu diservis
  7. mudah untuk dicuci
  8. tidak memerlukan ruang yang besar

teruja tak dengan keistimewaannya? memang teruja! yang paling best sebab ia menjimatkan.

water pitcheri lupa siapa yang bagi pinjam pic ni, ­čśë

nilah rupanya water pitcher ni. Clearkan? macam sedap je air tu … memang sedap tau

ni pic saya snap setelah saya tukar penapis yang baru. cuba lihat dan bezakan yang dah digunakan dan yang baru nak guna… sebab tu saya cakap kecil kecil cili padi

water pitcher

Walau dia kecil tetapi mampu memerangkap dan menapis kotoran, dan molekul air yang telah ditapis sangat halus dan sedap diminum…

 

Memang tak rugi untuk dapatkan 1 sebagai kegunaan kita. Saya dah, anda bila lagi? (^____^)

 

With Love,
Mamahusna@kaksarah
whatsapp/telegram/sms ; 0139561249
SID Pilihan Anda
Sedia memberi konsultasi terbaik untuk semua.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge