Istimewanya Tok Bok Hot Spring

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…

 

Suspen je kan tajuk entry hari ni… sebenarnya kolam Air Panas Tok Bok (Tok Bok Hot Spring) dah lama wujud dan sudah terkenal di kalangan penduduk sekitar Machang dan daerah2 disekitarnya walaupun tidak dipromosikan secara giat tika itu,

boleh baca entry saya sebelum ini bersauna di kolam air panas tetapi tidak dikomersialkan mungkin disebabkan  faktor  fasiliti dan keadaan persekitaran yang tidak dibangunkan sebelum ini..

Kolam Air Panas ni  terletak di Kg Rengas di dalam Mukim Tok Bok, Labok kira-kira  20 km daripada bandar Machang. dan hanya 1 km aje dari rumah keluarga kami. em… bangga i….

kolam air panas

 

jalan utama ke Kolam Air Panas Tok Bok.. terletak di jalan negeri antara Tok Bok dan Selising. Ingat dulu, masa saya kecil-kecil nak datang ke kolam ni kena ikut jalan kampung yang kecil. tetapi sekarang jauh berbeza.

20140916_074529

 

turut disediakan taman permainan untuk anak-anak bermain… pendek kata mesra pengguna dari peringkat kanak-kanak hinggalah warga emas.

20140916_074848

yang ni kolam yang sediakan untuk kanak-kanak , tidak terlalu panas.

20140916_083714 20140916_083718

laluan refleksologi juga turut disediakan *sila exercise kan kepala tu sikit…

20140916_083729

yang ni bahagian lelaki .. orang perempuan jangan pula p berendam kat sini…

20140916_084053

Sudut Hadapan kolam, cantikkan???

20140916_075635 dinding yang memisahkan antara bahagian lelaki dan wanita. inilah keistimewaan   Kolam Air Panas Tok Bok, orang-orang perempuan dapat bersauna dengan selesa tanpa rasa malu dan segan. cuma kena hati-hati juga sebab ia bukan ditutup penuh,

Selain daripada tu, ada juga deretan kedai makan disediakan, tandas, bilik persalinan dan juga wakaf untuk beristirehat.

Jika anda berkunjung ke Kelantan, jemput datang ke sini, bersauna dan melihat pemandangan sawah padi yang menghijau..

Tips untuk datang ke sini, seeloknya selepas subuh anda sudah berada di sini, sebab waktu ni, belum ramai pengunjung dan suhu air panas pun best sangat-sangat… atau boleh juga datang selepas asar… suasana santai dan cuaca yang redup dan tenang..

Syabas diucapkan kepada Majlis Daerah Machang kerana mengambil inisiatif untuk membangunkan Kolam ini dan menjadikan ia sebagai satu daripada tempat yang patut dikunjungi oleh para pelancong dan secara tidak langsung membantu meningkatkan ekonomi penduduk kampung.

Comments

  1. Norfanil says:

    last pergi mandi air panas dekat negeri sembilan..
    bestnye..segar je boleh mandi air panas mcm ni..
    [mamahusna] recently posted…5 Sebab Kenapa Korban di Kemboja dengan e-QurbanMy Profile

    1. mamahusna says:

      best kan, segar dan ringan je badan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge