Hidupkan Usrah Di Rumah

Assalamualaikum .

 

Apa khabar? Hari ni sudah 2 April dan sudah 6 Rejab. Cepatnya masa berlalu kan?

 

Hari ni mulakan balik usrah setelah lama tak jadi naqibah . Rindunya……

Tapi anak usrah kita umurnya

10 tahun (Kakak Insyirah)  ,

7 tahun (abang Naufal) ,

2 tahun (adik Amierah) .

 

Silibus usrah yang pertama adalah daripada Hadith 40. ini antara cara untuk memperkenalkan anak-anak dengan Hadith.

Kita mula dengan Hadith 40.

Hadith 1 iaitu berkenaan niat.

Step 1 : kita baca dan mereka ikut baca ( talaqqi musyafahah)
Step 2 : baca terjemahan bersama sama.
Step 3 : kaitkan dengan anak anak.

Tak perlu hurai lebih lebih , cukuplah sampaikan isi penting hadis pada anak anak.

Gunakan bahasa paling mudah untuk difahami oleh kanak-kanak .
Selitkan juga kenapa Allah ciptakan kita. ( refer surah baqarah ayat 31-32) .

Dan kaitkan dengan mereka. Bagitau kenapa kita perlu berniat kerana Allah.

Paling utama tak perlu ambil masa yang lama.

Cukup lah 10minit.

Kanak-kanak tak perlukan huraian yang lebih.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge