Hari Ke 2 :::: Diari Seorang Pengedar Shaklee

Assalamualaikum 

Menjadi Pengedar Shaklee dan dalam masa yang sama masih lagi bekerja dan sebagai isteri, mama kepada 2 cahayahati yang sedang membesar, memang memberikan cabaran yang tersendiri, khususnya dari aspek pengurusan masa.

Pada awalnya keterlibatan dalam Shaklee hanya sekadar sebagai ahli untuk makan sendiri aje.tapi keterujaan untuk membuat bisnes datang setelah menerima bonus pertama walaupun 2 angka aje tapi oklah sebab masa tu memang niat nak beli untuk makan aje sebab saya dah ada bisnes saya yang sudah lama bertapak iaitu @Mamahusnashoppe dan juga Coach serta Corelle.

Tapi Allah membuka hati saya untuk memulakan bisnes Shaklee dan mula serius bermula awal tahun 2012. terima kasih pada mommylyna sebab memasukkan saya ke dalam group Ladyboss yang super awesome, di sana pelbagai ilmu saya peroleh. dengan pengalaman2 kawan SID yang lain. menjadikan saya juga bersemangat dan mula memasang impian untuk jadikan bisnes Shaklee sebagai matlamat saya untuk mencapai “Finnancial Freedom”, bebas hutang seperti PTPTN, rumah dan kereta. nak bawa family saya menunaikan umrah dan melancong ūüôā tanpa peningkan kepala nak cari atau fikirkan cara nak dapatkan side income.

dengan hanya bermodalkan RM 65 dan tambahan RM 10 untuk postage adalah syarat minima untuk menjadi pengedar Shaklee,mudah dan murahkan?

Bagaimana saya uruskan Masa?

Bagi melancarkan setiap urusan, saya akan buat senarai di dalam buku khas, to do list yang perlu saya siapkan setiap hari. kadang2 kantoi juga, iyalah, bila bekerja ni, komitmen kita akan lari. tapi kena back up lah, kena pandai urus masa. yang bestnya buat Shaklee ni sebab takde tekanan dan tak perlu nak simpan stok. Dan membuatkan saya sayangkan bisnes ni, bermula bulan 10, 2013 Shaklee dah 100% online. so saya dah tak perlu bergegas ke branch untuk dapatkan stok yang di order oleh pelanggan saya. sebelum ni penat juga, lepas waktu kerja, mesti nak cepat untuk ke branch yang mengambil masa 1 jam dari kediaman saya. 
pengorbanan yang berbaloi, penat tetapi memberikan kepuasan kepada saya sebab boleh berkongsi kebaikan vitamin Shaklee dengan pelanggan saya.

Ukhuwwah makin berkembang

Alhamdulillah, berada dalam Team Ladyboss dan Jutawan adalah suatu anugerah, kerana secara tak langsung mengikat tali persaudaraan yang saling support antara satu sama lain. berkongsi ilmu dan kepakaran dengan semua yang ada, tidak lokek ilmu cukup membahagiakan, tambah2 bila mempunyai mentor yang sentiasa memberi perangsang da motivasi, sentiasa berkongsi ilmu serta paling bagusnya, sentiasa mengingatkan anak buat supaya lebih rapat dengan Pencipta. indahnya berukhuwwah kerana Allah.

Lebih dekat kepadaNya

sentiasa muhasabah diri, ingat mengingatkan tentang erti Kesyukuran, tentang amalan ibadah mendorong masing2 meningkatkan amalan ibadah dan semakin dekat dengan Allah.Alhamdulillah , Alhamdulillah berniaga dan masa yang sama berkongsi manfaat dan kebaikan produk kepada mereka yang memerlukan, bukan sekadar menjual sahaja. semoga Allah memberi kebaikan kepada kami. 

Apa jua bisnes yang dibuat, jangan kita lupa kepada Allah kerana Dia yang memberikan rezeki kepada kita 
DUIT mesti ada- Doa,Usaha,Ikhlas, Tawakal kepada Allah.. 

Jika mahu turut serta untuk menjadi ahli Shaklee dan jana Income anda sendiri dari 2 angka kepada 4 angka, boleh juga hubungi saya di sms/wa : 0139561249 atau emailkan ke : mamahusnashoppe@gmail.com..

Salam Ukhuwwah,
Sarah@mamahusna

Kedaivitaminku

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge