Di Manakah Tempat Yang Sesuai Untuk Ibu Bapa Cium Anak-Anak?

Assalamualaikum ,

image : google image
image : google image

Mencium anak antara tanda kasih sayang yang boleh dizahirkan oleh ibu ayah kepada anak-anak. Terdapat hadis Nabi SAW yang menggalakkan mencium anak-anak.

Abu Hurairah r.a berkata :

قَبَّلَ النَّبِىّ صلى الله عليه وسلم الْحَسَنَ بْنَ عَلِىٍّ ، وَعِنْدَهُ الأقْرَعُ بْنُ حَابِسٍ التَّمِيمِىُّ جَالِسًا ، فَقَالَ الأقْرَعُ : إِنَّ لِى عَشَرَةً مِنَ الْوَلَدِ مَا قَبَّلْتُ مِنْهُمْ أَحَدًا ، فَنَظَرَ إِلَيْهِ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم، ثُمَّ قَالَ : مَنْ لا يَرْحَمُ لا يُرْحَمُ

“Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa sallam mencium Al-Hasan bin ‘Ali, dan di sisi Nabi ada Al-Aqro’ bin Haabis At-Tamimiy yang sedang duduk. Maka Al-Aqro’ berkata, “Aku punya 10 orang anak, tidak seorangpun dari mereka yang pernah kucium”. Maka Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa sallampun melihat kepada Al-‘Aqro’ lalu baginda berkata, “Barangsiapa yang tidak merahmati / menyayangi maka ia tidak akan dirahmati” (HR Al-Bukhari no 5997 dan Muslim no 2318)

Semalam saya berkesempatan menonton video YouTube Dr Abu Anas Madani. Dr membincangkan 4 tempat yang boleh ibu ayah cium anak-anak. Dan setiap tempat tersebut mempunyai maksud tersendiri. Begitu juga Dr ada kongsikan 5 tempat yang boleh ibu ayah gosok anak -anak.

4 Tempat Yang Digalakkan Ibu Ayah Cium Anak-Anak

 

  1. Cium atas kepala atau ubun-ubun. Cium ditempat ini tandanya  kita berbangga dengan anak-anak. Sebagai contoh kita berbangga dengan pencapaian peperiksaan mereka. Anak dapat 6A UPSR/ SPM atau apa sahaja pencapaian mereka.
  2. Cium di dahi . Cium di dahi tandanya kita redha dengan anak-anak kita. Contohnya kita redha dengan perbuatan baik anak-anak kita.
  3. Cium dipipi. Menunjukkan tanda kasih, rindu dan sayang  kita pada anak-anak.
  4. Cium ditangan. Ciuman ini menunjukkan tanda kasih dan sayang kita pada anak-anak. 

Dikeluarkan oleh Abu Daud bahawa apabila saidatina Fatimah r.a mendapati nabi s.a.w masuk bertemunya, beliau akan berdiri dan mengambil tangan baginda s.a.w dan terus menCIUMnya. (Hadith no. 5217)

Menurut riwayat imam Tirmizi bahawa apabila saidatina Fatimah r.a masuk bertemu Rasulullah s.a.w, baginda s.a.w terus berdiri dan mengambil tangan puterinya dan menciumnya serta duduk bersamanya di dalam satu majlis. (Hadith no. 3872). Bayangkan, nabi s.a.w mencium tangan puterinya.

halaqah.net

 

5 Tempat  Atau Anggota Badan Anak Digalakkan Ibu Ayah Gosok.

  1. Gosok dibelakang leher anak kalau tengok anak-anak gelisah. Sebaiknya bacakan zikir atau selawat.
  2. Gosok di atas kepala jika menerima kejayaan dan berbangga dengan anak-anak.
  3. Gosok didahi tanda kasih
  4. Gosok ditangan andai kata kita melihat anak dalam keadaan gelisah,tidak tenang atau takut.
  5. Gosok di dada. Khas untuk anak-anak yang nakal. Diiringi dengan bacaan selawat dan doa supaya anak kita tidak nakal.

Oh ya, saya paste link video kat sini, klik play untuk dengar sendiri penyampaian daripada Dr Abu Anas Madani sendiri.

 

https://www.youtube.com/watch?v=0RAbpbiqXZA&feature=youtu.be

Termenung sekejap saya, rupanya banyaknya  amalan yang tertinggal. malu sendiri.

Selalu cium dahi dan pipi anak-anak je, terutama waktu pagi sebelum diorang ke sekolah. Biasanya saya titipkan doa belajar ditelinga anak-anak.

Kalau cium tangan pun, masa diorang baby, sambil cium ambil peluang gigit manja. Tangan baby kan lembut. So sekarang ni yang jadi mangsa terbaru sudah tentu Amierah.

Selamat beramal, dah tahu jom buat terus, jangan bertangguh lagi.

Sharing With Love,

Kaksarah

Whatsapp kalau nak beli Vitamin 🙂

013-9561249

 

Comments

  1. azirahman says:

    Terima kasih atas perkongsian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge