Cara menghadapi Jerebu supaya Kita sentiasa sihat untuk keluarga tersayang

jerebu

Assalamualaikum..

Dah keluar kenyataan bahawa hari ini sekolah-sekolah di KL, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka bercuti akibat jerebu yang makin teruk. Hanya murid aje yang bercuti, manakala guru tetap kena hadirkan diri ke sekolah bagi memantau keadaan atas kemungkinan ada murid yang tidak mendapat informasi.

Keadaan kami di Kelantan juga sejak semalam dan hari ini sudah berjerebu.

jerebu

Apakah Jerebu?

Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar.

Punca – Punca Jerebu
Punca utama jerebu adalah akibat daripada :

  • Pembakaran Secara Terbuka
  • Asap Dari Kilang
  • Asap Dari Kenderaan

HINDARI DARIPADA PERBUATAN YANG BOLEH MENYEBABKAN JEREBU.

Indeks Pencemaran Udara (IPU)
IPU diperolehi daripada pengukuran habuk yang halus (10 mikron ke bawah) dan beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan iaitu karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. IPU digunakan sebagai panduan untuk mengetahui kualiti udara dan kesannya terhadap kesihatan seperti berikut :-

Nilai IPU Status
0 – 50 Baik
51 – 100 Sederhana
101 – 200 Tidak Sihat
201 – 300 Sangat Tidak Sihat
301 – 500 Berbahaya

Anda perlu mengikuti perkembangan semasa melalui media massa (akhbar, televisyen dan radio) untuk mengetahui tahap jerebu semasa di tempat anda supaya dapat mengambil langkah – Iangkah pencegahan.

JEREBU MENGANCAM KESIHATAN ANDA
Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi iaitu :-

  1. Kanak-kanak
  2. Orang tua
  3. Mereka yang mengalami penyakit
    • asma
    • bronkitis
    • radang paru-paru
    • penyakit paru-paru yang kronik
    • jantung
    • alahan
  4. Perokok
  5. Mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah.

Apakah Tanda dan Gejala Kesan Jerebu Kepada Kesihatan
Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah:

• Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
• Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
• Mata terasa pedih dan berair.
• Hidung berair dan kerap bersin.
• Kulit badan terasa gatal-gatal.
• Terasa sakit dada.

Dapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran sekiranya anda mempunyai tanda-tanda dan gejala tersebut.

CARA MENGHADAPI JEREBU

CEGAHLAH PENYAKIT AKIBAT JEREBU. IKUTI NASIHAT BERIKUT:-

  • Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
  • Mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.
  • Penutup hidung dan mulut ( mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dikenalpasti sebagai kumpulan berisiko tinggi.
  • Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.
  • Kurangkan aktiviti-aktiviti di luar rumah seperti sukan.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
  • Gunakan kemudahan hawa dingin sekiranya menaiki  kenderaan anda.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak ( sekurang-kurangnya 8 gelas sehari)
  • Sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya ,mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan keluar  dari  kawasan tersebut.

sumber : Info Sihat

Disebabkan ada yang bertanya Vitamin Shaklee yang boleh diambil dalam situasi sekarang ni, so mama share kat sini supaya ramai yang dapat info ni.

Antara suplemen yang disarankan ialah :

1.Nutriferon yang terkenal sebagai penggalak sistem imun. Di mana ia akan mengaktifkan sistem pertahanan badan untuk mengelak serangan atau jangkitan bakteria. Memandangkan kualiti udara yang tercemar ini, menyebabkan paru-paru akan bekerja kuat, jadi memerlukan sistem pertahanan yang kuat untuk melawan serangan.

2.Vitamin C Plus Sustained Release & Chewable Vita C– kepentingan vitamin C ialah meningkatkan sistem imunisasi  badan kita. Manakala kanak-kanak boleh mengambil Chewable Vitamin C yang semestinya boleh dikunyah oleh kanak-kanak.

3.Perfomance Drink : Pengambilan Perfomance Drink membantu mengelak dehidrasi dan atau kehilangan mineral dari tubuh. Dengan keadaan cuaca yang berjerebu ini, Perfomance Drink sangat sesuai di ambil dari peringkat kanak-kanak hingga dewasa. Dengan rasa oren yang sangat sedap ini, pastinya ramai akan menyukainya. Jika anda peminat 100 + , dan minuman bertenaga yang lain, apa kata anda cuba Perfomance Drink yang telah diminum oleh para angkasawan.

jerebu

Bila dah ambil suplemen, jangan pula tetiba uols rasa hebat dan kebal ;). Pengambilan suplemen ini sebagai alternatif untuk kita mengelak daripada mudah jatuh sakit.

Lagi-lagilah kita ni kan mak-mak yang nak kena jaga suami dan anak-anak. Mesti ken kuat kan? Make sure nak keluar rumah, bawa bekal air dan pakai mask ya.

semoga musibah yang sedang berlaku ini, mendekatkan diri kita kepada Allah, keep praying n solah untuk kesejahteraan kita semua.

 

Salam Sayang,

Mamahusna

~0139561249~

 

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge