Cara Menarik dan Tidak Membosankan Untuk Bayi Anda Belajar Huruf Al-Quran

Assalamualaikum dan salam Ukhuwwah Fillah buat teman baharu.

Apa khabar kalian? sudah ready untuk memasuki Madrasah Tarbiyyah? Hope semua dah buat preparation untuk sama-sama kita mengambil peluang promosi besar-besaran yang Allah tawarkan sepanjang bulan Ramadhan nanti.

Disebabkan lama tidak bersiaran, hari ni saya mahu berkongsi kegembiraan baby comel saya iaitu Amierah belajar mengenal huruf hijaiyyah dengan gembira tanpa ada unsur paksaan.

ya, bayi yang umur bawah 2 tahun ni, apalah yang kita nak expect kan? kalau dia boleh respon pada kita dan panggil MaMMa pun dah cukup bagus.

Tapi tidak salah untuk kita tanam dalam minda mereka dan kenalkan mereka dengan huruf-huruf Al-Quran. Bayi dan kanak-kanak mudah menyerap dan menyimpan data yang diberikan sebaiknya.

Jadi sebagai ibu bapa, peranan kitalah untuk mendidik mereka.

magnetic hijaiyyah Amierah ralit bermain dengan Magnetic Hijaiyyah.

Sambil dia lekatkan huruf tu, mama sebut huruf yang dilekatkan.. nanti mulut comel Amierah mengikut dengan bunyi… yum… yum…

magnetic hijaiyyah

Bukan setakat Amierah, Magnetic Hijaiyyah ni pun saya gunakan untuk mengajar Abang Naufal eja perkataan mudah di dalam tulisan Jawi. Tapi jangan lupa, ni huruf hijaiyyah ya. Bukan huruf jawi, so adalah perkataan yang takde dalam set ini.

Mana nak dapatkan Magnetic Hijaiyyah ni? Kalau ayah dan ibu serius nak, boleh klik kat sini Magnetic Hijaiyyah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge