Berkelah di Air Terjun Jeram Linang, Machang

Assalamualaikum .
Cuti sekolah tak tahu nak ke mana?
Apa kata bawa anak anak mandi manda di Air Terjun Jeram Linang yang terletak tidak jauh dari bandar Machang, Kelantan.

air terjun jeram linang,machang

Jika anda sedang bercuti di Kelantan, Jeram Linang boleh dimasukkan dalam list destinasi untuk berkelah santai bersama keluarga.

Baru baru ni, saya ke Jeram Linang. Jangan gelak tau. Walaupun Jeram Linang tak jauh dari rumah. Tapi saya tak pernah sampai ke sana. Mungkin khabar khabar yang disampaikan oleh orang antaranya “tak payah pergilah, tak best”, “Jeram Linang tu kotorlah”
So… saya memang tak terbuka hati nak ke sana. Tapi sebulan yang lepas, mak saudara saya Ciknah dan suaminya mengajak kami berkelah di sana. Dahlah takde preparation, maklumlah mak call bagitau planning tu, kami dah on the way nak balik Machang. So tangkap muat jelah baju yang ada di rumah mak.

air terjun jeram linang,machang

Pintu gerbang yang menyambut kedatangan pengunjung. Tapi saya snap pic ni dah kat dalam dah.. kat area parking. Best sebab parking dia luas. berdekatan parking ada deretan kedai jualan makanan. Nak balik tu kami beli pisang goreng you! pisang kebatu pula tu.. sedapnya.

photo_2015-12-10_15-47-04

Jambatan untuk ke kawasan riadah

Tips 1 : Pastikan bawa bekalan makanan dan alatan yang mencukupi memandangkan tempat berkelah jauh ke dalam 

Kebetulan hari tu kami bawa 2 plastik bag arang dan satu je yang digunakan, so satu lagi ada pengunjung yang minta nak beli, sebab arang yang dibawa tak mencukupi. (sama ada dia beli atau mak bagi aje, we donno )

so make sure buat checklist ya. sebab kami juga tertinggal botol sos untuk dimakan dengan ayam BBQ. makan gitu aje lah hari tu… huhu

photo_2015-12-10_15-46-42

quiet ok kan? bersih, lapang dan airnya juga dalam. Ada juga kawasan berpasir seperti dipantai gitu , bolehlah saya perkenalkan Amierah dengan sifat pasir yang kasar dan sifat air serta  merangsang psikomotor bayi

photo_2015-12-10_15-36-14photo_2015-12-10_15-36-19

photo_2015-12-10_15-46-55

Tips 2 : Bawa pelampung siap-siap, lebih menjimatkan. Ada juga disediakan sewaa pelampung, rasanya dalam range RM3-RM5 untuk sebiji. 

photo_2015-12-10_15-47-07

Turut disediakan beberapa set meja batu untuk kemudahan para pengunjung.

photo_2015-12-10_15-46-49

Surau juga disediakan, lokasinya di atas bukit berdekatan dengan parking dan gerai jualan serta tandas, tetapi sebaiknya pihak majlis daerah boleh perbaikilah mutu dan kebersihan tandas.

Tips 3 : Sentiasalah menjadi pemandu yang berhemah dan cakna dengan keadaan sekitar. Memandangkan jalan menuju ke kawasan jeram sempit, so pastikan memandu dengan berhemah ya.

nak ceritanya, dalam perjalanan balik, kuda putih kami cuba mengelak kereta dari arah bertentangan yang laju. Bila mengelak terus jatuh dalam lubang, rupanya tebing jalan tu tinggi.. terpaksa kuda putih kena towing, (*ada cerita panjang di sini) rupanya box gear kami teralih. tinggalkan suami settle problem tu dan kami pulang ke rumah dengan kereta Ciknah..

Memori betul …

coretan Mama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge