Amalan berpantang selepas bersalin yang wajib mama ikut

 

Alhamdulillah hari ni dah masuk hari yang ke 33 K.sarah berpantang, that means ada 7 hari saja lagi berbaki untuk  berpantang dan melakukan amalan pantang yang menjadi tradisi orang2 melayu kita.

Untuk pantang kali ke 3 ni,K.sarah betul2 bertekad nak sihat dan amalkan amalan yg menjadi tradisi zaman berzaman ..

 

amalan berpantang
Google image

Antara amalan berpantang yang diamalkan oleh ibu ialah :

1) Berurut

Urutan amat penting untuk ibu lepas bersalin kerana  dengan urutan, urat saraf dan badan yang lesu akan menjadi lega. Membantu melancarkan  pengaliran darah. Menenangkan tubuh dan emosi ibu.Nasihat mama carilah tukang urut yang pakar dalam perbidanan dan sudah biasa mengurut orang lepas bersalin. Kebiasaanya, 20hari pertama ibu2 tidak digalakkan untuk mengurut bahagian rahim, kerana peranakan pada ketika ini masih lagi bengkak dan tidak mengecut. Selepas 20 hari barulah tukang urut akan mengurut bahagian rahim .

2) Bertungku

Amalan ini juga sangat bagus untuk ibu, janganlah kita rasa ia kuno dan tidak mahu bertungku, amalan bertungku membantu membetulkan urat saraf, mengecutkan rahim dan melancarkan darah ibu2 bersalin..

3) Makan ulam-ulaman

Antara ulam yang menjadi pilihan mama ialah, kunyit yang dihiris nipis2. Dimakan dengan nasi panas..lada hitam yang ditumbuk halus, ditaburkan di atas nasi.. emm yummy.. boleh juga dijadikan sambal lada hitam.. nanti mama akan kongsikan resepi berpantang.. ada ke yg berminat nak dapatkan  e-book resepi berpantang? Jika ada boleh tinggalkan email di bahagian komen di bawah. Nanti mama emailkam ebook tersebut.

Selain itu, mama juga diberi minum air tapak sulaiman, ni 1st time mama dengar nama ulam ni tau.. air ni memang dicadangkan oleh maksu yang mengurut mama. Tujuannyan untuk menaikkam peranakan kita.

4) Mandi air herba

Alhamdulillah, syukur sebab sepanjang berpantang ni, mak tak miss carikan daun2 herba segar untuk direbus dan dijadikan air mandian untuk anaknya ini. Antara daun yang biasa direbus ialah, daun pandan, daun nilam, baunya membangkitkan dan memberi kesegaran pada tubuh.

5) Berbengkung

Antara kelebihan berbengkung ialah mengembalikan bentuk tubuh yang asal,mengempiskan perut, mengecilkan pinggul. Pengalaman mama berbengkung untuk 3 hari pertama, mak sapukan dengan garam kunyit,*mcm nak perap ikan je kan… 😉 tujuannya untuk membantu memulihkan luka peranakan. Selepas hari ke3, sapu dengan daun kapal terbang yang di lumatkan dengan kapur makan. Selain itu, boleh juga menggunakan limau nipis yg dicampur dengan kapur makan. Ada juga yang menggunakan asam keping yang direbus hingga hancur. Kalau nak mudah boleh aje beli herba barutan yg ada di pasaran.

6) Memakai stoking

Tujuannya supaya badan tidak mudah masuk angin.

7) Makan Jamu atau set bersalin

Kali ni mama memilih untuk mengamalkan set bersalin Shaklee, alhamdulillah, memang marvellous hasilnya.. luka esopotamia cepat sembuh dengan pengambilan zinc complex. Dan mama juga sentiasa sihat dan segar aje.. **psst.. ramai yang bagitau mama nampak cergas dan sihat.. tak nampak macam dalam pantang.. jika nak cuba set bersalin shaklee inform mama ya.. boleh sms/wasap/telegram di no berikut 0139561249 .. kita chit chat apa yang perlu.

Insya Allah jika ibu2 berdisiplin dengan amalan berpantang, kesihatan kita akan bertambah baik lagi. Maklumlah kita kan super mama yang sentiasa sibuk dan banyak tugasan, so mesti sihat untuk suami dan anak2 kita kan???? Dan untuk diri sendiri juga, so gunakan masa 40 hari berpantang untuk rehat sekejap dari tugasan biasa dan merawat diri. Jika terpaksa berpantang sendiri, mintalah bantuan suami atau anak

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge