Aktiviti Cuti Sekolah : Homemade Playdoh yang Mudah

Assalamualaikum

Projek kami berikutnya ialah membuat homemade playdoh yang mudah dan simple. Sebelum ni beli je yang ada kat supermarket, tapi tak sukalah bau dia serta berminyak.Nak beli yang mahal, rasa macam tak berbaloi je sebab kejap je bebudak ni main, sekelip mata takde.. membazir.. so selagi benda boleh usaha buat, jom kita buat.

Resepi homemade playdoh yang mudah ni saya google aje, dan saya tertarik dengan resepi daripada kaknida dari blog Mom-station.

Saya bahagikan kepada 3 warna iaitu merah, kuning dan hijau. Saya lebihkan  adunan warna hijau sebab nanti boleh digunakan untuk ekperimen gunung berapi. iaitu next projek kami.

homemade playdoh yang mudah

cantik tak warnanya? masa tu kat rumah mak di TB, so beli aje serbuk pewarna makanan di kedai sebelah.

Ok, let check our recipe now ,

Resepi Homemade

Playdoh yang Mudah

 

bahan-bahannya :

2 cawan tepung gandum

1 cawan garam halus

2 sudu minyak sayuran * saya pun guna minyak masak je

1 cawan air

dan pewarna makanan kegemaran anak-anak

caranya :

Satukan tepung gandum dan garam,sebatikan. kemudian masukkan air sedikit demi sedikit dan uli adunan hingga lembut dan ikut kelembutan adunan yang diinginkan.

Bila dah sebati dan boleh dicanai,titiskan pewarna dan uli hingga warna sekata.

Tadaa, dah siap so bolehlah digunakan, playdoh sedia berkhidmat kepada tuannya.

Make sure simpan adunan di dalam bekas kedap udara untuk memastikan adunan tahan lama. homemade playdoh yang mudah

antara karya seni Kakak – bunga rose

Naufal – katanya Olaf

di mana baby amierah tika ini?

homemade playdoh yang mudah

mamanya tak sempat snap pic banyak-banyak, maklumlah bila sibaby amierah sudah pandai explore.

Bayangkan tengah kakak dan Naufal sibuk main doh, Amierah dengan selambanya ambil dan masukkan dalam mulut.

Mama tak berapa nak cuak sebab kita tahu palydoh ni takde kimia kan? so ia selamat dan tidak berbahaya kepada anak-anak.

Cuma jangan pula biarkan aje  si baby masukkan dalam mulut. Sakit perutnya nanti.

target saya, puas diorang main dengan playdoh, kita akan gunakan dia untuk projek berikutnya.

Anak-anak menghadapi masalah ekzema? klik untuk tahu cara atasinya.

Salam Ukhuwwah,

sarah~0139561249

email : mamahusna@gmail.com / mamahusnashoppe@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge