8 Tips Minum Air Gula Untuk Ibu Mengandung

Ujian air gula atau MGGT(Modified glucose tolerance test) memang sudah menjadi kewajipan  kepada ibu mengandung

 

Relevennya test ini adalah untuk mengenal pasti kadar  gula tubuh ibu hamil, sama ada kurang atau lebih dan mengelakkan kemudaratan ke atas ibu dan baby dalam kandungan.

Pengalaman minum air gula dan terpaksa melakukan ujian BSP sepanjang kehamilan anak kedua (tahun 2010)iaitu ketika mengandungkan Naufal menjadikan mama cukup berhati2  bila mengandungkan Amierah.

Syukur sebab pregnant kali 3 tak kena minum air gula, siap mama tanya doktor lagi, kenapa tak perlu minum..

 

tips minum air gula untuk ibu mengandung

Mama nak kongsikan 8 tips  minum air gula untuk ibu mengandung yang bakal menjalani ujian ini supaya nanti bacaan tidak melebihi bacaan normal.

1.    Pastikan ibu hadkan pengambilan makanan terutamanya makanan yang manis sehari sebelum ke klinik.

Elakkan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi seperti pisang, durian, pulut, kurangkan nasi serta lebihkan mengambil sayuran.

2.   Banyakkan minum air kosong, minumlah sebanyak yang boleh.

3.   Minum air gula sekaligus. elakkan minum sedikit demi sedikit.

4.  Minum air gula dalam keadaan ia masih suam

5.  Jangan muntah atau sengaja memuntahkan air gula, jika perkara ini berlaku, ibu terpaksa mengulang meminum air gula sebagaimana yang ditetapkan

6.  selesai minum air gula, terus berkumur-kumur untuk menghilangkan kemanisan air gula di dalam mulut.

7.  Jika rasa mahu pitam, berehat dan berbaring dan elakkan dari berjalan-jalan semasa menunggu ujian darah dijalankan.

8.  selepas ujian darah kali kedua dijalani, elak dari terus mengambil makanan berat. Ambil makanan ringan seperti biskut atau roti dahulu dan jangan  lupa minum air kosong.

 

Sepanjang kehamilan Amierah, mama amalkan Set Kehamilan Shaklee yang mengandungi :

1. Vitalea Iron Formula

2. B-Complex

3. SR Vitamin C

4. Energy Soy Protein

5. Ostematrix @Kalsium

6. Omega Guard untuk trimester kedua

Mama memang amalkan set ini hingga sekarang dan tambahan Alfalfa Complex yang juga bertindak  sebagai Milk Booster dan detox.

photo_2015-05-23_00-52-08

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge