8 Kesan Asap Rokok yang Memudaratkan Kesuburan Suami

Assalamualaikum dan Salam Ukhuwwah.

Entry khas pagi ni, mama mahu kongsikan 8 kesan asap rokok yang memudaratkan kesuburan suami, so entry ni khas untuk para suami khususnya perokok tegar.

Mana tau dengan pembacaan artikel ni, dan dibulan yang baik ini, datang kesedaran mahu berhenti merokok kan? Alhamdulillah..

Majoriti para lelaki memang tahu keburukan merokok, tetapi disebabkan ego mereka yang tinggi  betul ke? kalau salah bagitau ya!  mereka susah untuk terima hakikat bahawa merokok boleh menyebabkan tahap kesuburan mereka akan bermasalah.cara-berhenti-merokok1

 

8 Kesan Asap Rokok yang Memudaratkan Kesuburan Suami hasil daripada perkongsian Pakar Perbidanan ialah :

  1. Jumlah air mani dan bilangan sperma akan berkurangan sebanyak 20% .
  2. Mengurangkan keupayaan sperma berenang ke arah ovum sebanyak 10%
  3. Kelajuan dan keaktifan sperma berkurang dan menyebabkan sperma menjadi lembab.
  4. Mengurangkan jumlah sperma yang berbentuk normal.
  5. Kecacatan sperma bertambah dan termasuklah insiden ekor sperma tersimpul antara satu sama lain(coiled sperm).
  6. Kerosakan DNA pada sperma dan menghalang proses persenyawaan.
  7. Racun dan nikotin dalam rokok boleh menyebabkan paras hormon pituitari menjadi tidak seimbang dan menyebabkan penghasilan hormon seks terjejas dan pembentukan sperma terganggu.
  8. Bahan kimia yang terkandung di dalam rokok boleh mengurangkan nutrien penting dalam air mani termasuk arsobic asid, sink, kumprum,dan lain-lain.

Lebih parah lagi, kesan dari sedutan asap rokok oleh isteri akan menyebabkan tahap kesuburan isteri juga akan berkurangan.

Justeru, jika di alam perkahwinan ini, anda dan pasangan lambat dikurniakan cahaya mata, bolehlah anda cuba fikirkan untuk berhenti merokok dan merancang keluarga sebaik-baiknya.

Setiap pasangan impikan anak-anak sebagai penyeri kehidupan, dan sebagai sunnah dalam melahirkan zuriat yang bakal menjadi khalifah Allah di dunia ini.

Anak soleh menjadi impian kita kan? so, cuba lah bertindak dari sekarang, cuba tekad di dalam jiwa dan hati mahu berhenti merokok..

Susah? hendak seribu daya , mahu seribu cara

Nak tahu, macamana lelaki di dalam video di bawah mampu berhenti merokok? cuba klik dan play video tersebut, anda akan temui jawapannya.

Berhenti Merokok Dengan Cepat untuk Selama-Lamanya from iReach HD on Vimeo.

 

Salam Ukhuwwah,

Pengedar Shaklee Kuala Krai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge