7 Punca Sakit Belakang Yang Perlu Diketahui

Sakit belakang adalah masalah yang sering dialami oleh kebanyakan orang. Tetapi kita tak dapat pastikan apakah punca sebenar penyebab kepada sakit belakang.

Saya terbaca satu artikel yang menceritakan punca yang menyebabkan sakit belakang. Tak mahu tahu sorang-sorang, saya kongsikan di sini.

7 Punca Sakit Belakang Yang Perlu Diketahui

1. Duduk terlampau lama

Menjadi punca kepada sakit belakang. Posisi duduk menambah 40% tekanan pada tulang belakang.

Kebanyakan daripada kita biasanya melakukan pekerjaan dalam keadaan duduk, kecuali cikgu, dan tidak punyai masa untuk melakukan regangan.

Tips untuk mengelak dari sakit belakang, lakukan regangan dengan bersandar pada kerusi dengan kedudukan 135 darjah bagi mengurangkan tekanan pada cakera tulang belakang.

Cara kedua, anda boleh bangun dan berjalan -berjalan selama beberapa minit .

 

2. Tidak melakukan senaman

Bila berasa sakit belakang, kebanyakan daripada kita akan berehat daripada aktiviti yang dilakukan, tapi tahukah semua?

cara itu bukan cara yang terbaik, sebenarnya ia tidak membantu mengurangkan sakit belakang. Malah melambatkan proses pemulihan.

Sepatutnya , lakukan senaman ringan dibahagian pinggul dan paha serta kerapkan berjalan untuk mengurangkan kekejangan badan.

 

3. Menggunakan tilam lama

Cuba ingat kembali, berapa lama usia tilam yang anda gunakan? Menurut National Sleep Foundation tilam yang bagus hanya dapat bertahan selama 9 hingga 10 tahun sahaja.

Jika tidak selesa dengan tilam sedia ada, yang sudah berusia, dan boleh  menyebabkan tidur terganggu, silalah bertukar kepada tilam baru yang lebih selesa. Tidak terlalu keras atau terlalu lembut.

 

4. Stress

Ya, terperanjatkan? stress boleh menyebabkan sakit belakang kerana apabila fikiran kita stress menyebabkan badan juga akan mengejang termasuklah otot di bahagian leher dan belakang.

jadi, bagi mengelak berlaku perkara demikian, pastikan anda dapat atasi masalah stress dengan menilai kembali aktiviti harian anda, ubah gaya hidup kepada yang lebih baik, mendengar muzik , membaca buku dan bagi yang muslim, banyakkan membaca Al-Quran dan Berzikir mengingati Allah.

 

5. Penggunaan Beg Tangan

Ini khas untuk para wanita, rupanya penggunaan beg tangan yang terlalu berat menyebabkan bahu kita tidak seimbang, ia akan terangkat sedikit dan mengherot kan tulang belakang.

Beg tangan berat ni saya sendiri tak dapat nak nafikan, kadang-kadang pelik sendiri kenapalah beg tangan aku ni berat? bukanya ada batu pun. Jongkong emas pun takde. Setiap hari cuba minimumkan barangan di dalam beg tangan tapi masih juga berat. Awak macamana? sama ke macam saya?

Mengikut Persatuan Kiropratik Amerika menyarankan berat beg tangan tidak boleh melebih 10 peratus daribada berat badan kita.

Selain itu, sandanglah beg secara bergilir bahu sebagai langkah yang mudah.

 

6. Banyak Menonton TV dan komputer

Menonton tv dan bermain komputer antara perkara yang sangat digemari ramai. Jadi pastikan anda tidak berada di depan tv atau komputer terlalu lama.

Untuk mengelak sakit belakang, lakukan regangan setiap kali iklan atau pastikan menonton rancangan yang digemari sahaja.

 

7. Membiarkan rasa sakit tanpa lakukan apa-apa

Seringkali kita memandang mudah terhadap kesakitan yang dialami hingga menyebabkan ia menjadi semakin teruk.

Justeru lakukan langkah-langkah yang terbaik untuk mengurangkan kesakitan.

Lakukan regangan, senaman dan rujuk pada mereka yang bertauliah.

 

Atasi sakit belakang dengan Ostematrix Shaklee

Ostematrix Shaklee antara yang disarankan untuk kesihatan tulang kita secara jangka panjang. Ostematrix mengandungi :

 

Ramuan Amaun Setiap Kaplet
Vitamin D3 (sebagai kolekalsiferol) 100 IU
Kalsium (sebagai kalsium karbonat, kalsium sitrat dan kalsium sitrat malat) 250 mg
Magnesium (sebagai magnesium oksida, magnesium glokonat dan magnesium sitrat) 100 mg
Zink (sebagai zink glukonat) 10.4 mg
Kuprum (sebagai kuprum glukonat) 0.05 mg
Mangan (sebagai mangan glukonat) 0.05 mg
Boron (sebagai mineral surih hidrolisat protein) 0.75 mg

KKLIU 0604/2017
MAL07081510XC

* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
Ini adalah iklan produk suplemen.

Kelebihan Ostematrix

 

  • Menguatkan tulang,menghalang osteoporasis,menguatkan kuku , membantu merawat tulang retak.
  • Memperbaiki Kekejangan dan kebas-kebas.
  • Meringankan stress.
  • Memperbaiki masalah haid
  • Mengimbangi PH tubuh
  • Kandungan Magnesium pula membantu sistem saraf, menstabilkan denyutan jantung, memudahkan rembesan keluar sisa daripada perut dan usus.

 

Cara untuk mendapatkan Ostematrix :

sms/wa/telegram : 013-9561249

K.Sarah (ID 869605)

email : mamahusnashoppe@gmail.com

*Konsultasi Eksklusif hanya diberikan kepada Customer kami melalui whatsapp personal & group.

atau anda boleh terus membuat pembelian dengan klik tempahan di bawah :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge