7 Cara Sediakan Makanan Berkhasiat untuk hidangan Keluarga Tersayang

Nak dapat makanan seimbang dan berkhasiat tidak semudah yang disangka.

Pemakanan yang seimbang sangat penting untuk kesihatan tubuh terutamanya untuk keluarga tersayang.

 

photo_2016-01-23_13-47-27

7 Cara Sediakan Makanan Berkhasiat untuk hidangan Keluarga Tersayang

 

Jom tengok cara yang boleh dilakukan untuk dapatkan makanan  yang berkhasiat untuk famili kita.

1. Buang lemak pada daging dan kulit ayam

Caranya dengan membuang lemak pada daging dan kulit ayam. Selain itu, boleh juga merebus dan memanggang .

 

2. Basuh buah-buahan dan  sayur-sayuran segar sebelum dimakan.

Sebaiknya guna air bersih yang mengalir untuk membersihkan buah dan sayur. Elak daripada merendam kerana dikhuatiri air rendaman mengandungi bakteria dan bahan kimia yang berbahaya.

 

3. Masak ubi kentang dan keledek bersama kulit bagi mengekalkan khasiatnya

Pastikan kita membasuh dengan bersih sebelum rebus ubi kentang dan ubi keledak. khasiatnya lebih terjamin jika kita memasaknya dengan kulit.

 

4. Pastikan Minyak atau air benar-benar panas sebelum memasukkan makanan.

Pastikan minyak panas dan air benar-benar mendidih sebelum memasukkan sayuran hijau.
ini kerana, air yang belum betul-betul panas akan mengubah warna dan bentuk sayuran .

Tips lain, sediakan ketulan ais bagi memastikan suhu sayur yang keluar dari air panas dapat turun serta merta. dan menjadikan sayur lebih rangup dan sedap rasanya.

 

5. Kurangkan penggunaan bahan perasa dan pengawet dalam masakan.

Kalau boleh elak, lebih baik kita elak daripada menggunakan bahan perasa atau pengawet di dalam masakan kita. sebaiknya dapatkan bahan semulajadi dan terjamin khasiatnya.

 

6.Jangan potong sayur atau buah kecil-kecil

Bila sayur dipotong kecil ia kan cepat masak dan boleh menghilangkan khasiatnya.

 

7.Tidak menggunakan minyak masak berulang kali

Elakkan menggunakan minyak masak secara berulang kerana tahap kelikatan hidrokarbon di dalam minyak akan masak meningkat dan boleh menyebabkan salur arteri tersumbat dan merosakkan hati.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge