6 Tips menghadapi rasa sakit kontraksi

Assalamualaikum dan salam ukhuwwah.

Sudah sarat dan menunggu masa untuk bersalin? mesti berdebar-debarkan? yelah, setiap kelahiran tu berbeza-beza pengalamannya. So tak boleh nak jangka macamana.

Entry kali ni nak kongsi bagaimana nak hadapi rasa sakit kontraksi supaya kita tak gelabah bila rasa sakit tu datang.

6 Tips menghadapi rasa sakit kontraksi

1. Banyakkan membaca ayat suci al-Quran dan berselawat ke atas Rasulullah SAW terutama yang beragama Islam. 
Lazimi membaca Doa Nabi Yunus ketika berada di dalam perut ikan paus 

doa mudah bersalin
sumber: google

2. Tenangkan diri  dan cuba bersandar pada kerusi yang berkusyen atau bantal yang tebal.

3. Apabila kontraksi menyerang,  tarik nafas sedalam-dalamnya dan kemudian hembus keluar secara perlahan-perlahan. ulangi langkah yang sama hingga rasa sakit kontraksi hilang.

4. Jika suami ada bersama, minta dia urutkan perlahan-lahan dibahagian belakang anda ketika kesakitan terasa. Elakkan urut bahagian pinggang kerana ia akan menambahkan kesakitan.

5. Cuba mengiring ke sebelah kiri. kaedah ini mampu mengurangkan rasa sakit kontraksi dan cara ini tidak menganggu pengaliran darah ke jantung.

6. Amalkan teknik pernafasan lamaze yang dapat melegakan ketegangan otot pelvis. ia merangkumi cara berehat dan senaman tarik nafas yang boleh dipelajari di dalam kelas antenatal. 
Jika anda menghadiri kelas ini, seeoknya suami turut menyertai supaya dia dapat mempelajari kaedah ini juga.

 

Tak tahu nak makan set bersalin yang mana? Klik Sini

 

Sumber : Majalah Pa&Ma

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge