5 Tips Rangsang Banyakkan Pengeluaran Susu Ibu

Assalamualaikum dan Salam Ukhuwwah.

Menjadi kebimbangan buat ibu yang eksklusif menyusukan bayi dengan susu ibu apabila pengeluaran susu ibu menjadi semakin sikit dan kering. Bila bimbang sudah tentu ibu-ibu akan stress kan?

Pengalaman  mama BF kan kakak Insyirah juga macam tu , risau, bimbang soooo stress dan  bila stress susu pun makin takde… petang ni, mama nak kongsikan tips bagaimana nak perbanyakkan susu ibu. Semoga membantu ibu-ibu semua ya..

 

5 Tips Rangsang Pengeluaran Susu Ibu

5 Tips Rangsang Banyakkan Pengeluaran Susu Ibu

 

1. Kerapkan Menyusukan Bayi dan Mengepam

Susukan bayi sekerap yang boleh sekurang-kurangnya 3 jam sekali. begitu juga dengan mengepam jika ibu berjauhan dengan bayi.

 

2. Pam Pada Waktu Malam

tahu tak ibu-ibu?

Hormon prolaktin banyak dihasilkan pada jam 12 tengah malam hingga 6 pagi, So ambil kesempatan ini untuk mengepam susu dan jadikan ia sebagai rutin harian.

 

3. Elakkan Payu Dara Penuh

haa, ni biasa ibu lakukan? betul tak? please, nasihat Pakar Laktasi, jangan biarkan tabiat payu dara penuh baru nak mengepam atau susukan bayi. Ibu-ibu kena YAKIN yang payu dara sentiasa mengandungi susu, semakin kerap kita susukan bayi atau mengepam dan kosongkan payu dara, pasti tubuh akan berusaha menghasilkan lebih banyak susu.

 

4. Minum Banyak Air

Ibu menyusu memang perlu  minum banyak air, minima air yang diperlukan ialah 3 liter sehari.

 

5. Menyusu dan Mengepam Lebih Lama

Pastikan ibu menyusukan bayi sepuas-puasnya, jangan hadkan masa setiap kali ibu menyusukan bayi. biarkan ia menyusu sepuas-puasnya sebelum tawarkan payu dara yang lain.

Begitu juga semasa sesi mengepam, sebaik-baik masa yang perlu untuk memerah ialah 15-20 minit bagi setiap payu dara.

Dan make sure payu dara kosong sebelum berhenti memerah.

Selamat mencuba

photo_2015-05-23_00-52-08

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge