5 Tips Elak Perut Buncit Selepas Bersalin Supaya Suami Makin Sayang

Assalamualaikum…

Risau kan lepas bersalin perut buncit kembali lagi.. kalau ada baby oklah .. tapi perut buncit sebab lemak.. oh tidak!!!!

teringat semasa mama pregnant kan Amierah tahun lepas, memang tekad nak turunkan berat badan ¬†dan tekad tak nak perut maju ke depan…

So far, di usia Amierah 8 bulan sekarang ni, mama telah capai impian untuk turunkan berat sebanyak 12 kg dan perut pun alhamdulillah dah tak maju ke depan… suka sangat-sangat.. so sekarang misi mama nak turunkan berat dalam 5kg lagi… doakan mama yer, baju lama-lama zaman anak 2 dulu dah boleh muat kembali ūüėČ

mesti dah tak sabar nak tahu apa 5 tips elak perut buncit lepas bersalin  yang mama amalkan kan? kan? so check it out !!!

 

tips elak perut buncit selepas bersalin
sumber : google

 

1. Ekslusif Breastfeeding/ Penyusuan Ekslusif 

Alhamdulillah hingga saat ini, memang mama dah berjaya eksklusif susukan baby Amierah dengan susu ibu tanpa gagal. KPI dah tercapai, so misi seterusnya menyusukan Amierah sehingga peringkat PHD aka selama 2 tahun. Dengan pengambilan Set penyusuan ini, sangat membantu mama untuk buat Stok EBM .

Kenapa penyusuan susu ibu sangat membantu ibu kembali slim/langsing? sebabnya, bila kita susukan baby, kita akan cepat rasa lapar dan dahaga kerana untuk bekalkan susu kepada baby, banyak air dan kalori diperlukan.

jadi mama2 semua kena make sure ambil makanan seimbang especially makanan yang rendah lemak dan tinggi serat.  Diet yang ideal ialah makanan yang tinggi kandungan protein dan vitaminnya. Sebab tu mama wajib ambil Suplemen ni setiap hari..

Selain itu, kalau kita susukan baby, secara tak langsung rahim kita mengecut dan membantu mengembalikan bentuk badan asal denga cepat. Bestkan? so selamat menyusukan baby mama2 dengan happy dan gembira, bukan saje dapat apa yang dihajati, tetapi bonding dengan baby lagi kuat dan baby semestinya daat khasiat yang terbaik.

 

2. Berbengkung sepanjang berpantang

Amalan turun temurun yang memang memberi kebaikan kepada kita kan. walaupun rimas dan panas tapi ada manfaatnya,

so mama2, please jangan skip atau culas  dari berbengkung tau !!!

Berbengkung ni sangat2 membantu mengembalikan dan memejalkan otot-otot badan, perut dan pinggul tau.

bengkung juga bantu mengempiskan perut yang menggeleber dan mengetatkan peranakan agar tidak jatuh. Mama2 kena ingat tau, kalau peranakan jatuh banyak masalah yang akan kita hadapi.

Waktu yang terbaik untuk berbengkung bagi mama waktu malam hingga keesokkan paginya.

 

3. Bertungku 

Kenapa perlu bertungku? amalan tradisi yang banyak membantu kita mama2 semasa pantang. Bertungku membantu mengecutkan rahim dan mengeluarkan darah beku, memecahkan lemak dan membantu memberikan kesegaran kepada kita ya mama2. 

So sekali lagi jangan culas daripada bertungku ya.

 

4. Makan Makanan Seimbang

Mama2 make sure ambil makanan seimbang ya, jangan ikut nafsu. Sebab kita nak berikan yang terbaik untuk baby kita kan? so¬†dalam tempoh penyusuan secara ekslusif ini, pastikan mama ambil makanan yang sihat dan rendah lemak tapi … tinggi serat.¬†

Lebihkan pengambilan protein untuk membantu menganjalkan perut yang menggeleber. Selain tu, boleh ambil oat, kekacang, bayam, madu kerana ia membantu membakar lemak.

Sepanjang penyusuan ni, mama tak pernah skip ambil set penyusuan ni. sebab sangat-sangat membantu mama untuk menyusukan baby Amierah.

 

5. Ambil sarapan/breakfast 

Sepanjang tempoh berpantang, make sure tau… jangan skip breakfast..

nak diet? so skip breakfast bukan caranya.

Sarapan membantu meningkatkan metabolisme dan membantu kadar pembakaran tenaga dengan lebih cepat.

 

So…. 5 Tips Elak Perut Buncit Selepas Bersalin Supaya Suami Makin Sayang dah mama share kan , dah tak jadi rahsia ya. lepas ni makin sayang lah incik suami, yelah mama2 kan dan kembali slim melim…

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge