5 Tips Atasi Morning Sickness Sepanjang Kehamilan Supaya Ibu Hamil Sentiasa Sihat dan Ceria

 

tips atasi morning sickness
sumber image : google

 

Kehamilan dan morning sickness memang tidak dapat dipisahkan. Ada segelintir ibu bertuah kerana tidak mengalami morning sickness yang  teruk. Setiap anak juga berlainan morning sickness yang di alami.

Tapi percayalah, itu semua sebenarnya bersifat sementara dan ibu yang pertama kali hamil, cuba enjoy the moment.

Gejala morning sickness seperti mual,loya, pening kepala, tiada selera makan berlaku kerana peningkatan hormon dalam tubuh kita. Maklumlah, seseorang nak menghuni rahim kita.

5 tips  atasi morning sickness , boleh dicuba antaranya memang menjadi amalan mama sepanjang kehamilan.

 

  1. Makan secara kerap dalam kuantiti yang sedikit

Mama dinasihatkan mengambil makanan secara sedikit tetapi kerap sepanjang kehamilan terutamanya di awal-awal trimister satu. Cara mudah, mama boleh sediakan jadual pengambilan menu harian. Pastikan menu tersebut mengandungi nutrisi yang lengkap untuk mama dan baby kat dalam tuuu. Ayat popular suami tika mama pregnant “mama kena gantung biskut/roti kat pinggang” he he..

 

  1. Elak mengambil makanan yang pedas,berlemak dan berempah

Pengalaman mama , if ambil makanan berunsur seperti di atas confirm pedih ulu hati dan memang akan rasa tak selesa sepanjang hari tu. Tapi kita kan kadang2 nak juga makan makanan tu. So nasihat mama, berpada-pada lah ya.

Biasanya makanan yang pedas dan berlemak ni boleh menyebabkan saluran pencernaan kita terganggu. Make sure banyakkan minum air masak.

 

  1. Lakukan senaman ringan setiap hari

Senaman ringan seperti yoga atau berjalan perlahan-lahan sangat sesuai untuk dijadikan rutin mama sepanjang kehamilan. Dengan melakukan senaman ini membantu mengatasi rasa mual dan muntah. Pastikan mama jangan buat senaman yang berat sebab boleh memudaratkan kandungan.

 

  1. Pastikan rileks dan cool semasa bangun dari tidur jangan gopoh

Make sure,jika mama bangun dari tidur jangan bingkas bangun. Jika dah tersedar, duduk dan  rehat sebentar, kemudian bangunlah secara perlahan-lahan.

 

  1. Selesakan badan

Kebiasaannya morning sickness berlaku kerana tubuh kita tidak selesa dan kepanasan. Jadi jika berlaku perkara tersebut, cepat-cepat mama selesa dan nyamankan badan sama ada berada di bawah penyaman udara atau kipas supaya badan kembali normal.

 

Semoga tips di atas membantu mengatasi masalah morning sickness mama sepanjang kehamilan.

Lagi satu, jika morning sickness berlarutan, mama boleh mencuba Peppermint Ginger Plus. Alhamdulillah, mostly customer mama yang amalkan bagitau dapat membantu masalah morning sickness mereka. Ada tu memang repeat order kerana sukakannya.

Boleh klik sini untuk maklumat lanjut tentang Peppermint yang glamer ini

cropped-photo_2015-05-23_00-52-08.jpg

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge