5 Tabiat Buruk Yang Boleh Menjadi Punca Penyakit

Assalamualaikum W.b.t

Tadi belek-belek majalah Rapi, mencari idea untuk menulis di blog kesayangan ni, terjumpa info ringkas berkenaan tajuk di atas.

Ya, 5 Tabiat buruk yang boleh menjadi punca penyakit, sama ada sedar atau tidak, 5 perkara ini boleh menjadi penyumbang utama kepada penyakit yang dialami oleh kebanyakan kita.

Apa kata, kita buat semakan, adakah tabiat di bawah menjadi amalan kita atau tak!

 

  1.  Tidak cukup tidur

biasa je ni, tak cukup tidur menyiapkan tugasan yang tak pernah tiada, kalau student dah tentu dengan assigment dan study last minute ;P. Jika kita sebagai mak-mak, sudah tentu menyiapkan kerja rumah yang sentiasa ada. Lagi-lagilah mak sekarang ni yang buat bisnes kat rumah, bawa tugasan dari pejabat yang perlu disiapkan, tapi make sure dan tolonglah cukup tidur, kesian kat tubuh kita kan? (nasihat untuk diri sendiri juga ni).

 

2.  Banyak tidur siang

Haish! kalau tadi tak cukup tidur, tapi yang ni terlebih tidur di siang hari pula, ya berpada-padalah kalau nak tidur siang, jangan pula menjadi burung hantu, tidur disiang hari. Sedangkan fitrah manusia dah cantik. Allah jadikan siang hari untuk kita bekerja dan beribadah. Malam hari untuk berehat dan beribadah.

Kalau pun penat dan mengantuk, cuba  nap atau baring sekejap, sebaiknya kalau boleh amalkan qailullah iaitu tidur sekejap sebelum masuk waktu zohor dan waktu asar. Lebih kurang dalam 15 minit. Cubalah buat. Anda akan rasai perbezaannya.

 

3.  Kenyang yang melampau

Wah! kalau bab makan memang tak pernah gagalkan? kecuali yang istiqamah dengan diet. Kenapa kita tak boleh terlalu kenyang? Dalilnya :

Rasulullah shallallahi ‘alaihi wa sallam bersabda,

 

ما ملأ آدميٌّ وعاءً شرًّا من بطن، بحسب ابن آدم أكلات يُقمن صلبَه، فإن كان لا محالة، فثُلثٌ لطعامه، وثلثٌ لشرابه، وثلثٌ لنفَسِه

 

Tidaklah anak Adam memenuhi wadah yang lebih buruk dari perut. Cukuplah bagi anak Adam memakan beberapa suapan untuk menegakkan punggungnya. Namun jika ia harus (melebihinya), hendaknya sepertiga perutnya (diisi) untuk makanan, sepertiga untuk minuman, dan sepertiga lagi untuk bernafas”.

 

Imam Asy-Syafi’i rahimahullah menjelaskan,

لان الشبع يثقل البدن، ويقسي القلب، ويزيل الفطنة، ويجلب النوم، ويضعف عن العبادة

“Kerana kekenyangan membuat badan menjadi berat, hati menjadi keras, menghilangkan kecerdasan, membuat sering tidur dan lemah untuk beribadah”.

4.  Tidur ketika kenyang

Sape suka tengok kartun Garfield si kucing gemuk tu? comel je kan? Kalau kita terlampau kenyang, apa akan jadi pada tubuh kita? malas, mengantuk, letih je kan? so, sebaiknya cuba elak dari tidur waktu ini. Sebab bila tidur, kalori tidak akan terbakar dan boleh menyebabkan kegemukan, dan mengundang penyakit-penyakit yang lain.

 

5. Minum air tengah malam

Elakkan minum air di tengah malam kerana ia boleh mengundang bahaya terutamanya kepada paru-paru dan jantung. Elak minum air dalam kuantiti yang banyak kerana ia boleh menyebabkan berlakunya pneumonia. Pastikan minum air sejam sebelum tidur, atau jika terjaga di tengah malam dan haus, cukuplah sekadar membasahkan tekak.

 

Jika ada 5 diantara tabiat di atas menjadi kebiasaan, jom kita UBAH!  demi kesihatan tubuh badan kita yang diamanahkan oleh Allah. jagalah ia sebelum menyesal dikemudian hari.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge