5 Pantang Larang Semasa Hamil Yang Perlu Ibu Titikberatkan

Kegembiraan paling indah buat pasangan ialah berita bahawa si isteri hamil. Kehamilan menjadi hadiah paling istimewa buat pasangan suami isteri.

Namun dalam kegairahan ibu menerima berita ini, ibu perlu mengetahui kesalahan-kesalahan yang boleh membawa risiko kepada janin hingga menyebabkan keguguran.

Sebaiknya pencegahan awal perlu dilakukan. Antara bentuk kesalahan yang biasa dilakukan oleh ibu hamil ialah :

#1. Memakai Kasut Tumit Tinggi

Ibu hamil akan mengalami pertumbuhan badan dan fizikal lain dari kebiasaan, perut yang akan membesar, berat badan yang akan naik dan ini akan memberi kesan kepada ketidakselesaan ibu .

Jika diteruskan memakai kasut tumit tinggi, ketidak seimbangan akan berlaku. Bahagian punggung dan otot pinggang akan bekerja keras dan menyebabkan ia akan tegang. Ibu akan merasa tidak selesa, mudah lelah, kaki bengkak, kaki mudah cramp kerana ketidak seimbangan tersebut.

 

#2. Pemakaian Baju Yang Ketat.

Sepanjang kehamilan, sebaiknya ibu mengelak daripada memakai baju yang ketat atau dengan kata lainnya, tidak mahu ketinggalan dalam berfesyen hingga menjejaskan janin.

Pemakaian baju yang ketat boleh menyebabkan janin rasa tertekan dan bayi terutama berusia 5 bulan kandungan akan sukar mendapatkan oksigen dan ketika ini mereka sudah boleh bergerak. Apa agaknya yang akan berlaku jika ibu pakai baju yang ketat?

 

#3. Diet Semasa Hamil

Diet? Sebaiknya ibu tinggalkan dulu niat untuk berdiet semasa kehamilan. Usah ditakuti untuk kelihatan gemuk. Bukan ke ibu mengandung nampak comel je? malah bukannya setiap tahun mengandungkan.

Jadi, sebaiknya elakkan dari mengamalkan diet yang tidak sihat, kekurangan nutrisi akan menyebabkan tumbesaran bayi tergendala. Malah ia juga memberi risiko kepada ibu kecuali jika ibu mengalami masalah kesihatan ketika mengandung yang memerlukan berdiet atas nasihat doktor.

 

#4. Tertekan dan Stress

Stress atau emosi tidak stabil yang dialami oleh ibu semasa mengandung akan memberi kesan yang sangat besar kepada janin. Setiap tindak tanduk ibu mengandung akan dapat dirasai oleh janin kerana ikatan perasaan antara ibu dan janin sangat kuat dalam tempoh ini.

Maka, ibu mengandung perlu mengawal emosi, tidak terlalu mengikut nafsu amarah dan jika ada perkara sedemikian cubalah untuk mengawalnya, sebagai contoh banyakkan beristighfar dan membaca Al-Quran bagi yang muslim.

 

#5. Merokok

Zat Nikotin yang terkandung di dalam rokok yang dihisap boleh menyebabkan gangguan kepada janin. Zat tersebut boleh menyebabkan masalah apru-paru dan gangguan kepada berat janin.

Oleh itu,  ibu yang merokok patut meninggalkan tabiat tersebut sepanjang kehamilan.

 

Pesanan saya, sebaiknya jika ibu dan pasangan mendapat berita gembira tentang kehamilan, cubalah jaga pemakanan, persekitaran, emosi dan tingkah laku ibu dan pasangan kerana setiap perlakuan kita akan reflek kepada bayi yang dikandung.

Pemakanan juga perlu dititikberatkan, dan amalkan pengambilan makanan yang sihat dan kaya nutrisi.

Ibu juga boleh mengamalkan Set Kehamilan Yang Sangat Awesome ini. Ramai ibu hamil yang telah mengamalkan set ini, malah meneruskan pengambilan hingga penyusuan.

Untuk mengetahui lebih lanjut  mengenai set ini, boleh klik di sini

Comments

  1. MamaBard says:

    uish memang bahaya kalau buat lima-lima benda kat atas ni
    [mamahusna] recently posted…Pengalaman Bersalin Anak KetigaMy Profile

  2. mamahusna says:

    betul tu bard, bila pregnant kena betul2 jaga kan
    [mamahusna] recently posted…Tutorial : 3 Langkah Mudah Buat Facebook Cover Dengan CanvaMy Profile

  3. Fatin says:

    Berkorban masa hamil ni je bagi yg suka pakai high heels :p
    [mamahusna] recently posted…The Perfect Zurich Muslim Friendly Itinerary in One Day for First TimerMy Profile

  4. mamahusna says:

    betul tu Fatin, demi kesihatan . 9 bulan je pun kan .
    [mamahusna] recently posted…Tak Ada Idea Nak Buat Bisnes? Apa Kata Baca Ni DuluMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge