4 Aktiviti Yang Menarik dan Mudah dilakukan bersama Bayi

Assalamualaikum.

Entry kali ni mama nak kongsikan 4 aktiviti yang menarik dan mudah dilakukan bersama bayi. Tidak memerlukan kos yang mahal dan sangat senang di dapati di dalam rumah.

 

 1. permainan lampu suluh

Berbaring bersama-sama bayi anda buat satu pertunjukan lampu atau cahaya kepadanya. gerakkan lampu suluh menjadi satu pergerakkan yang mengasyikkan bayi, pasti matanya tak lepas dari memandang ke arah cahaya yang bergerak di siling atau dinding. Selain itu, ibu ayah boleh bermain buka tutup lampu suluh kepada bayi.

Tapi pastikan cahaya lampu tidak disuluh ke arah mata bayi.

 

2. Permainan buih

Semasa mandikan bayi, sudah tentu di dalam besen mereka, apa kata dalam masa memandikan bayi, bawa bayi bermain dengan buih-buih sabun yang terbentuk. Ia membantu merangsang pergerakan bayi dan kenalkan bayi dengan buih2 tersebut.

 

3. Bermain Cerah Gelap

Permainan yang sangat mudah dan ringkas, sambil berbaring bersama bayi, boleh lah mama bermain permainan ini. Dengan sehelai selimut atau comfoter, mama dan bayi berselimut 1 badan dan mulakan permainan tersebut. Caranya? buka selimut dan bagitau bayi “cerah” dan terus tutup dengan selimut bagitau bayi “gelap”. dengan itu bayi bukan sahaja seronok tetapi dapat satu pengalaman baru. ulang-ulang sehingga beberapa kali.

 

4 . Menari bersama bayi.

Di ruang tamu, pasangkan muzik yang disukai mama dan sambil mendukung bayi, buat gerakan ala-ala tarian. Pasti bayi tersenyum riang dan yang pasti bayi akan seronok, terasa dekat dengan mama dan menggerak-gerakan tubuhnya bersama mama.

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge