4 Aktiviti Santai Yang Boleh Dilakukan di Pantai Cahaya Bulan

 Pantai Cahaya Bulan (PCB) dahulunya dikenali sebagai Pantai Cinta Berahi adalah destinasi menjadi tumpuan ramai kerana ia berdekatan dengan Kota Bharu dengan jarak lebih kurang 10km.
Walaupun bukan hari cuti sekolah, kebetulan kami sekeluarga ke sana Sabtu lepas, terkejut juga sebab penuh dengan orang ramai.
Antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama anak-anak  di sana antaranya :

1. Bermain Layang-layang yang boleh dibeli oleh penjual di sepanjang pesisir pantai .

pantai cahaya bulan

2. Bermain belon buih sabun yang ada disediakan di situ. Bayaran untuk sewa bekasnya tidak dapat dipastikan berapa.

3. Menikmati Coconut Shake dan Aiskrim Kelapa .

pantai cahaya bulan photo_2016-08-12_17-53-37

4. Menikmati seafood dan frozen food celup tepung pantai cahaya bulan photo_2016-08-12_17-53-51 photo_2016-08-12_17-53-55

pantai cahaya bulan

ni yang kami order 🙂

Tapi sebagai ingatan, makanan di sini agak mahal, so pastikan ambil dalam kuantiti yang sedikit aje. Hari tu, kami ambil sotong celup tepung RM 15, beberapa lidi frozen celup dan sebatang keropok lekor ditambah dengan coconut Shake 2 gelas dan 1 set Aiskrim Kelapa, total RM 53.00.

Selain itu, pengunjung boleh juga mendapatkan jagung rebus, satar dan makanan lain yang ada dijual disepanjang tepi jalan PCB.

Jika anda datang dari jauh, boleh juga menginap di Perdana Resort yang ada berdekatan dengan pantai PCB.

Sharing With Love~KakSarah~013-9561249~kalau nak try Shaklee 🙂 ~

Comments

  1. nikkhazami says:

    yup. seafood kat pcb mmg mahal. kadang2 tak masuk akal.
    [mamahusna] recently posted…Apa yang Menarik pada Oppo F1SMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge