Tips Qiam Simple Untuk Mama di Bulan Ramadhan

Saya copy paste status FB saya, sebagai ingatan buat diri,

maklumlah, kalau diFB, nanti hilang begitu aje nota ni, kebetulan mendengar soal jawab di ikimFm,

 

{RamadhanJourneyforMama}

Tips Ibadah Qiamullail yang boleh dibuat sepanjang Ramadhan buat Muslimah/ibu-ibu perkongsian Ustaz jemputan dari langsung dari ikimfm

1. Sila bangun untuk persiapan sahur.
2. Ambil sedikit masa untuk tunaikan Solat sunat 2 rakaat
3. Buat persiapan sahur dengan iringan istighfar dan zikir (jangan pula menyanyi janam-janam)
*persiapan sahur untuk ahli keluarga itu juga ibadah
4. Sambil tu boleh juga baca Al-Quran yang sudah dihafal
boleh baca Surah Al-Ikhlas kerana 3 kali baca seumpama baca stgh Al-Quran
5. Baca zikir subhanallah walhamdulillah sambil menggoreng,memasak dan semasa menghidangkan makanan
6. Ikhlaskan diri menyediakan sahur buat ahli keluarga, besar ganjarannya disisi Allah

Mama! Tidak semestinya wajib berada di tikar sejadah. Muslimah/ibu-ibu mesti bijak menguruskan diri sepanjang ramadhan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge