3 Tempat Makan Menarik di Machang Kelantan Part 1

Assalamualaikum,

Entry kali ni sebagai permulaan untuk kakSarah kongsikan tempat makan yang menarik dan sedap di sekitar daerah Machang, tempat kita lahir tapi membesarnya di daerah lain, bekerja pula di daerah lain. Bila ada senarai ni, senanglah kami nak keluar makan bila balik Machang, kalau tidak blurr aje.

Senarai ni hasil rekomen  daripada perkongsian geng-geng FB dalam Group Machang.

So,bila anda turun ke Machang , boleh lah singgah dan menikmati juadah di sini.

 1. Cendol Ammar

tempat makan menarik di Machang Kelantan

 CENDOL AMMAR KWENG KWENG HITAM
Waktu operasi : 10am-6pm
Tempat : Restoran Warisan Selera Kampung (Sebelah Gdex Kweng Hitam Machang)

Foto Ihsan : Shahril Ahmad

Cendol Ammar.

Bila tengok gambar cendol dan Laksa yang dikongsikan ni, kecur liur eh, macam mengidam pula gayanya.Kaksarah dah plan balik Machang ni mesti pujuk Baba menikmati cendol dan laksam di sini. nanti bila dah cuba kita buat entry khas untuk ni aje kan. Bila ada pula komen cakap sedap ” makae sekali nok sokmo”, maksudnya memang sedaplah kan?

2. Nuar Mee Claypot Batu 31

tempat makan menarik di Machang Kelantan

Tak tahu pun ada Mee Claypot. Kalau ikut laluan pergi balik dari Krai ke Machang. Memang wajib singgahlah nanti.

Nuar Mee Claypot Batu 31 Machang

Kg Batu 31, Jalan Kuala Krai, 18500 Machang kelantan.

Waktu Operasi

Buko setiap hari (7 Hari Seminggu)

Pukul 6.00 Petang – 1.00 Pagi

Lokasi kedai :

Antara Klinik Kesihatan Batu 30 dan Stesen Minyak Shel Batu 31

 

boleh refer FB ; Nuar Mee Claypot 

3. KAK MAH SATE 3


Ni best ni bila dapat kumpul adik beradik, makan bersama kat sini. Kakasarah kongsikan kenapa Sate Kakmah mesti jadi top list tempat menjamu selera jika berada di Machang.

KENAPA KAK MAH SATE 3 MENJADI PILIHAN HATI ?

💓HALAL, BERSIH DAN BERKUALITI
💓SAIZ SATAY KING
💓RASA KUAH SATAY YANG LAIN DARI YANG LAIN, KAMI GUARANTEE!
💓RESEPI TURUN – TERMURUN
💓DIJAMIN SEDAP
💓BOLEH DINIKMATI SEMUA PERINGKAT UMUR (DIJAMIN)
💓TIADA PENGAWET
💓ISI SATAY YANG BANYAK DAN KUAH YANG PEKAT


Lokasi

Lebuhraya Machang Tanah Merah @ Tanah Merah menghala ke Machang Bersebelahan Stesen Minyak Petron

MASA BEROPERASI: 5.00pm – 1.30am setiap hari
📞: 011-37476233 (Hasrul)
📞: 013-9408377 (Kak Mah)

Boleh jenguk FB Hasrul. Mereka juga menerima tempahan untuk majlis perkahwinan dan juga majlis keraian lain. 

Insya Allah, next entry Kaksarah senaraikan lagi tempat makan menarik yang telah dikongsikan oleh teman-teman.

Jadi, jika anda datang ke Machang, jangan lupa singgah menikmati juadah di sini.

Comments

  1. Ayu says:

    Aduh, terliur tengok.. Wajib gi ni..
    [mamahusna] recently posted…5 LANGKAH MUDAH HILANGKAN JERAGAT DENGAN BERKESAN DAN PANTASMy Profile

  2. mamahusna says:

    betul tu Ayu, kena singgah
    [mamahusna] recently posted…Persiapan Persekolahan Anak-AnakMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge