3 Fasa Kitaran Haid Yang Perlu Diketahui Oleh Wanita

Setiap wanita yang normal akan mengalami kedatangan haid seawal usia 9 tahun lagi jika menurut Islam.

Haid adalah teman setia wanita. Pengalaman kali pertama datang haid bagi setiap orang sangat berbezakan? ada yang menangis ketakutan sebab mungkin belum bersedia, betul tak? haaa angguk angguk kepala tu..

ada pula yang teruja sebab dia dah baligh , betul ke?

Apakah kitaran haid?

Kitaran haid merupakan perubahan berkala berlaku kepada rahim dan ovari bagi tujuan pembiakan(reproduktif).

Kitaran haid perlu dikira daripada hari pertama haid hingga kepada hari terakhir sebelum haid seterusnya.

Kitaran haid yang normal biasanya purata 28 hari.

3 Fasa Kitaran Haid Yang Perlu Wanita Tahu

Kitaran haid bagi setiap wanita terbahagi kepada 3 iaitu :

  1. Fasa folikel atau proliferative

semasa fasa ini  paras FSH iaitu dikeluarkan oleh kalenjar pituatari di dalam otak ) ia merangsang satu atau beberapa folikel di dalam ovari untuk penghasilan ovum.

        2. Fasa Ovulasi

Paras FSH meningkat dan merangsang beberapa folikel ovari untuk berkembang dan salah satu folikel akan dominan dan menjadi matang . bila matang ia akan membebaskan ovum dari ovari. ia dinamakan fasa ovulasi.

      3. Fasa luteum atua sekretari

Selepas ovulasi , folikel akan pecah dan bertukar menjadi fasa luteum di mana fasa ini menghasilkan progesteron dan estrogen.

Secara ringkasnya, bila tiada persenyawaan berlaku, ovum akan merosot selepas satu hari. fasa luteum juga merosot dan paras progesteron dan estrogen menurun mengakibatkan rahim meluruhkan lapisannya dan ovum yang tidak disenyawakan . inilah yang dinamakan haid.

Perubahan Hormon Semasa Kitaran Haid

Jika berlaku kitaran haid yang tidak teratur di kalangan wanita, ia tidak harus dipandang remeh.

Kitaran haid yang tidak normal merupakan simptom awal wanita tersebut mempunyai masalah hormon tidak seimbang yang boleh mengakibatkan gangguan menstruasi seperti cyst.

Jika ia dibiarkan boleh mengakibatkan sistem pembiakan wanita kurang subur dan sukar untuk menimang cahaya mata.

KETAHUI CARA UNTUK KEMBALIKAN KESEIMBANGAN HORMON UNTUK WANITA

 

 

Comments

  1. Tengkubutang says:

    Haaaii.. TB datang melawat blog.. tak dapat nak komen sangat sebab tengah blogwalking dah singgah blog2 yang lain.. TB doakan untuk awak semoga hari ni hari yang lebih baik dari semalam .. K bye..

    1. mamahusna says:

      hai TB, terima kasih sudi singgah.. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge