3 Adab yang perlu ibu amalkan ketika Mengandung Supaya Lahir Anak Soleh

Assalamualaikum….

Kita semua sebagai ibu ayah memang mendambakan anak2  menjadi anak solehkan? Sebagai pelaburan akhirat kita. Anak-anak kita adalah amanah dari Allah untuk kita asuh dan didik mereka menjadi anak soleh. Untuk lahirkan anak soleh, ibu dan ayah lah memainkan peranan yang utama. Kali ni mama nak kongsikan,

 3 adab yang perlu ibu amalkan ketika mengandung supaya lahir anak soleh ialah: 

 

1. Bersyukur

Sebaik sahaja ibu mengetahui dirinya mengandung, maka ibu dan ayah bersyukurlah kepada Allah Taala kerana mengabulkan permintaan kita.. Ucaplah Kalimah tayyibah iaitu Alhamdulillah  dan Sujud Syukur tanda kita bersyukur dengan anugerah yang telah diberikan kepada kita. Kerana diluar sana masih ramai lagi pasangan yang diuji Allah dengan kepayahan mendapatkan zuriat. Dan ibu ayah hendaklah menjaga kandungan dengan sebaik-baiknya kerana ia adalah Rahmat dari Allah Taala

2. Banyakkan Membaca Al-Quran

Sepanjang kehamilan selama 9 bulan,ibu dan ayah digalakkan membaca Al -Quran supaya dengan membaca Al-Quran moga-moga sifat-sifat dari AlQuran mempengaruhi anak di dalam kandungan. Sekiranya mampu, cubalah ibu dan ayah usahakan khatamkan Al-quran sepanjang tempoh kehamilan. Jika tidak mampu, ibu ibi bacalah surah-surah terpilih yang digalakkan dibaca semasa kehamilan. Boleh dapatkan senarai surah pilihan di entry saya di sini 》》Surah Amalan Ketika Mengandung

3. Menjaga Sikap dan Tingkah Laku

Sepanjang kehamilan, sebaiknya ibu dan ayah menjaga akhlak dan sikap. Kerana sikap dan tingkah laku kita akan mempengaruhi perilaku dan akhlak anak di dalam kandungan. Jauhilah daripada sifat mazmumah dan akhlak yang tidak baik seperti sikap pemarah, malas, suka memberontak dan sikap-sikap buruk yang lain. Perbanyakkanlah beristighfar.

Selain itu, ibu dan ayah juga perlu teliti dalam memilih makanan yang dimakan. Makan makanan yang berkhasiat dan halalan toyyiban.

 

Mahu cergas dan cerdas sepanjang kehamilan? KLIK SINI

Mahu tambah pendapatan ??? KLIK SINI

 

Sharing is Caring 

Supermama Mamahusna

Master To Be 2016 

One comment

  • to the media. As Mr. Smith himself said, …”the measure of a man isn’t always what he said in a short sound bite…I tend to always look for the measure of a man and a woman in &#22t6;Wha1≱s their life’s work?’” We will have to see how this all plays out.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge