10 Aktiviti Ini Rangsang Otak Kanan Anak Bantu Anak Cerdik

Mengikut kajian, kanak-kanak yang dirangsang otak kanan akan menjadi lebih bijak,cerdik dan positif.

So, ibu ayah bolehlah mulakan rangsangan otak kanan pada baby seawal usia 6 bulan lagi. tapi jangan sedih, anak umur hingga 6 tahun masih belum terlambat untuk rangsang otak kanan mereka.

Otak mereka ibarat span tika ini. Mudah menerima dan menyerap apa sahaja.

Mesti nak tahu apa  aktiviti yang boleh dilakukan untuk anak-anak kan?

10 Aktiviti Ini Rangsang Otak Kanan Anak Bantu Anak Cerdik

 

#1 Bermain Tanah Liat

Anak-anak boleh mencipta pelbagai objek, haiwan dan apa sahaja dengan menggunakan tanah liat. Secara tak langsung membantu otak kanan lebih aktif.

 

#2 Riadah Dan Bersenam

Otak yang cerdas dari badan yang cergas. So aktiviti beriadah sekeluarga perlu dijadikan rutin harian.

 

#3 Menggunting

Belajar menggunting pelbagai  jenis bentuk, garisan dan apa sahaja. Tapi make sure ibu ayah ada bersama memerhatikan anak-anak. Supaya tidak berlaku kecederaan.

Dengan menggunting juga membantu anak mendapatkan tulisan yang cantik.

 

#4 Bermain Sudoku

Ajak anak bermain sudoku bersama-sama. tapi pastikan yang mudah-mudah aje. Sudoku membantu menajamkan minda anak.

 

#5 Melukis

Aktiviti melukis membantu anak-anak. biarkan mereka melukis apa sahaja yang diimaginasikan.

 

#6 Permainan Pendidikan

Merangsang motor halus anak dengan menggunakan permainan pendidikan seperti blok, lego dan pelbagai lagi permainan interaktif yang lain.

 

#7 Kad Imbasan

Perkenalkan abjad, huruf dan huruf hijaiyyah seawal usia bayi 2 bulan. Lakukan secara cepat dan pantas membantu otak kanan bekerja keras untuk tangkap apa yang ditunjukkan. Sekarang ni, flash felt antara yang menjadi pilihan ibu kerana ia lasak dan lembut. Flash Felt

 

#8 Membaca Dan Bercerita

Dapatkan buku cerita yang menarik untuk anak-anak. Bercerita dengan mereka dan paling best, minta diorang sambung cerita mengikut imaginasi mereka. Tentu seronok kan?

 

#9 Makanan Sunnah

Kurma dan kismis juga amat baik untuk menguatkan memori dan meningkatkan tumpuan anak-anak

 

#10 Makanan Lain

Makanan seperti minyak zaitun, minyak omega 3 yang kaya dengan DHA & EPA, telur, tomato juga sangat baik untuk tumpuan dan daya ingatan anak-anak.

 

Sumber : Mingguan Wanita Bil 1762

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge